Connect with us

Berita Lain

Bilionair Didakwa Sedia Biayai PPBM


KUALA LUMPUR 19 Feb. – Tindakan Pengerusi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad merayu sumbangan kewangan
daripada orang ramai menerusi satu klip video dipersoal berikutan terdapat
tokoh korporat tempatan berstatus bi­lionair didakwa sedia membantu parti itu.
Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman
mendakwa, beliau tahu bahawa terdapat pihak tertentu yang diminta memberikan
sumbangan, malah Dr. Mahathir sendiri pernah berjanji akan mendapatkan dana
kewangan untuk PPBM.
“Kemudian Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu
perbincangan ada memberitahu saya tentang tokoh bilionair tempatan yang cukup
dikenali ramai bersedia untuk menyumbangkan dana kewangan kepada parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tokoh korporat itu tergolong dalam kelompok individu
terkaya di negara ini. Jadi mana mungkin PPBM berada dalam kesempitan kewangan
sehingga perlu Dr. Mahathir merayu kepada orang ramai untuk menderma kepada
parti tersebut?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Dr. Mahathir muncul dalam satu klip video
merayu orang ramai supaya menghulurkan derma kepada PPBM bagi meneruskan
perjuangan.
Tambah Kamarul Azman lagi, selang beberapa hari selepas
perbincangan bersama Muhyiddin, beliau dimaklumkan Ahli Parlimen Pagoh itu ada
ke luar negara dan difahamkan bagi berbincang dengan pihak-pihak tertentu
berkaitan dana politik PPBM.
“Kemudian sewaktu mesyua­rat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM,
saya ada bertanyakan berkenaan kewangan parti kerana pada waktu itu sukar untuk
menjalankan program kerana tidak diberikan peruntukan sewajarnya. Saya tahu
pada waktu itu PPBM bukanlah dalam keadaan susah dari segi kewangan.
“Setiap kali sewaktu membincangkan agenda kewangan,
Muhyiddin ada menegaskan bahawa kedudukan kewangan parti itu adalah urusannya
dan Bendahari Agung PPBM, Datuk Mohamed Salleh Bajuri. Orang lain tidak boleh
mempersoalkannya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Justeru, sikap Muhyiddin yang cuba menyembunyikan kedudukan
kewangan parti dilihat jelas bertentangan dengan prinsip parti yang kononnya
te­lus dalam urusan pentadbiran,” ujarnya.
Sementara itu, bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman
berkata, rayuan derma oleh Mahathir dilihat tidak mempunyai kewajarannya kerana
ya­kin bekas Perdana Menteri tersebut mempunyai sumber-sumber tersendiri yang
boleh membantu dalam mendapatkan dana kewangan bagi PPBM.
“Sewaktu awal penubuhan PPBM, ada terdengar rungutan
daripada ahli-ahli tentang masalah kewangan parti, namun Dr. Mahathir memberi
keyakinan kepada kami bahawa ada individu yang sedia memberikan sumbangan
kepada PPBM.
“Saya dimaklumkan bahawa individu tersebut merupakan tokoh
korporat yang cukup ter­kenal. Jadi di sini saya ingin persoalkan, di mana
pergi bantuan dana kewangan yang disalurkan oleh individu tersebut?” soalnya.

– Utusan Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel