Connect with us

Berita Lain

BN Janji Tak Roboh Kuil Jika Menang PRU14


KUALA LUMPUR – BN berjanji tidak akan merobohkan sebarang
kuil  jika dapat menawan kembali Selangor
pada  PRU14  akan datang.
Pegawai Khas kepada Perdana Menteri,  Isham Jalil berkata  BN kini menentang perobohan kuil secara
salah.
“Toleransi agama dan saling menghormati di kalangan
masyarakat etnik di negara ini adalah paling utama. Sejak Datuk Seri Najib Tun
Razak menjadi Perdana Menteri pada  2009,
banyak penekanan diberikan tentang pentingnya kesefahaman dan toleransi di
kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya dalam temubual khas dengan Ketua
Pengarang Tamil Nesan, K Padmanabhan baru-baru ini

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Isham berkata sejumlah besar daripada RM50 juta telah
diperuntukkan bagi menaik taraf dan penyelenggaraan kuil di negara ini untuk
masyarakat India.
“Bagaimanapun, saya sedih mendengar mengenai keadaan
sebaliknya di Selangor sejak Pakatan mengambil alih kerajaan negeri pada 2008
apabila dua puluh kuil telah dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan negeri,”
kata beliau.
Isham menjawab soalan yang dikemukakan oleh Padmanabhan
mengenai tindakan merobohkan sebuah kuil Hindu di Masai, Johor, yang dikatakan
dijalankan oleh kerajaan negeri Johor tetapi sebenarnya dilakukan oleh pemilik
tanah persendirian.
Dalam pada itu, Isham mengulangi keyakinannya bahawa
kerajaan akan mengurangkan cukai pintu supaya lebih ramai golongan muda mampu
membeli rumah dan mengurangkan kos sara hidup jika BN menawan semula Selangor
pada pilihan raya umum akan datang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Disebabkan kenaikan besar cukai pintu dan cukai perniagaan
oleh kerajaan Pakatan Harapan, harga hartanah dan kadar sewa bagi premis
kediaman dan perniagaan telah meningkat dengan ketara.
“Ini telah menyebabkan peningkatan  harga barangan dan perkhidmatan, jadi kos
sara hidup meningkat dan menimbulkan bebanan kepada penduduk di Selangor,”
katanya
Isham berkata masalah itu juga telah menyebabkan situasi
apabila rakyat di Selangor, terutama golongan muda, tidak lagi mampu untuk
membeli rumah di Selangor, kerana mereka terpaksa membayar sejumlah besar bagi
pinjaman rumah yang memberi kesan negatif 
kepada pendapatan boleh guna, justeru meningkatkan kos sara hidup. –
Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel