Connect with us

Berita Lain

Bos Mydin: Terima Kasih, Tapi Rakyat Lebih Tahu



Selepas dikritik, Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali
Mydin mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Tun Faisal Ismail Aziz kerana membuat
analisis mengenai kerugian ditanggung hypermarketnya.

Ucapan berkenaan dibuat selepas pengarah Komunikasi
Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu mengkritik kenyataan Ameer yang
mengatakan rakyat tiada wang yang cukup untuk perbelanjaan runcit walaupun
pertumbuhan dalam negara kukuh.
Ameer mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam temubual
bersama radio BFM pada Isnin lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Faisal di atas
analisisnya yang ‘superb’ mengenai kerugian Mydin,” kata Ameer kepada
Malaysiakini.
Bagaiamanpun Ameer berkata, segala yang dikatakannya dalam
wawancara berkenaan adalah jujur.
Sehubungan itu, pemilik rantaian hypermarket popular itu
meminta Tun Faisal bertanya kepada rakyat sendiri berhubung dakwaan berkenaan.
“Saya cadangkan supaya anda bertanya kepada rakyat
untuk mendapatkan perspektif mereka (rakyat) memandangkan mereka lebih
tahu,” katanya.
Dalam kenyataan pada Isnin, Ameer menegaskan pada suku
pertama, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat sebanyak 5.6
peratus manakala jualan runcit menyusut 1.2 peratus dan jualan hypermarket pula
menguncup sebanyak 4.8 peratus.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Saya rasa orang ramai tidak mempunyai wang,”
Ameer dipetik sebagai berkata.
Berikutan itu, Tun Faisal membidas kenyataan itu dengan
mempertikaikan bagaimana Mydin merekodkan keuntungan RM30 juta serta rakyat
tetap ke luar negara, mengerjakan umrah dan membeli kereta sekiranya mereka
tidak memiliki wang mencukupi.
Tun Faisal turut mengandaikan dakwaan rakyat tiada wang itu
salah sebaliknya Mydin yang kerugian kerana penetapan harga yang salah,
kesilapan model perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia, kesilapan memilih segmen,
kegagalan memenuhi citarasa segmen tersebut dan kos operasi yang tinggi.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel