Connect with us

Berita Lain

“BR1M Bukan Untuk Membeli Undi” – PM


PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
berkongsi asal usul pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan
terdapat pelbagai tohmahan daripada pihak pembangkang termasuk bertujuan
membeli undi.

Bercakap di hadapan kira-kira 2,000 penerima, beliau berkata
bantuan itu dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia yang bukan bersifat kepartian
politik dalam usaha membolehkan kaedah subsidi bersasar dilakukan.

“Subsidi ini (bersasar) adalah lebih baik daripada subsidi
pukal yang banyak ketirisan. Sebagai contoh, mungkin mereka yang menerima
subsidi ini menjualnya di sempadan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Keduanya, orang yang sepatutnya menerima subsidi secara
relatifnya mendapat kurang berbanding orang yang tinggi kemampuan, contohnya
Petrol RON95, orang berkereta besar mendapat manfaat lebih daripada mereka yang
memandu Proton Saga atau Myvi,” katanya pada majlis pelancaran Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di
sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob
dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Lantaran itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi
kerajaan, sudah sampai masanya untuk membuat perubahan dasar yang memberi
manfaat besar kepada rakyat melalui pemberian BR1M.
Justeru, katanya BR1M dilaksanakan pada tahun 2012 dengan
bantuan sebanyak RM500 yang memanfaatkan hampir 4.1 juta penerima sebelum
dinaikkan kepada RM1,000 pada 2016 dan RM1,200 pada 2017.
“Janji kita lima tahun dahulu dalam manifesto Barisan
Nasional (BN), kita akan naikkan BR1M kepada RM1,200 dan dalam jangka masa ini,
janji telah ditepati. Kita tidak akan membuat janji kalau kita fikir tidak
boleh ditunaikan.
“Saya takkan keluarkan kenyataan bahawa sesuatu manifesto
itu kita kaji semula… ada orang buat kenyataan bukan nak tepati, nak kaji
semula 60 peratus daripada manifesto. Apa guna manifesto yang mana janji kita
takkan tunaikan,” kata perdana menteri.
Beliau berkata sehingga hari ini, kerajaan BN berjaya
menunaikan 97.6 peratus janji dalam manifesto pada PRU lepas.
Najib berkata BR1M yang menjadi antara pertanyaan popular
pengguna media sosial setiap kali beliau memuat naik pelbagai status di
Facebook dan Twitter miliknya turut membantu merangsang ekonomi negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Apabila sahaja kita dapat BR1M, kita gunakan untuk membeli
barang-barang asas seperti beras, gula, susu dan pakaian sekolah… ini
merangsang ekonomi domestik,” katanya.
Beliau turut menempelak pihak yang hanya pandai mengkritik
pemberian BR1M tetapi tidak memberi sebarang cadangan berhubung kaedah lebih
baik dalam menyampaikan subsidi.
Katanya pihaknya bersedia menimbang sebarang cadangan untuk
dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara.
“Kalau nak kata dedak atau ‘cash is king’, ini mengarut
sebab zaman dia dahulu tidak buat, kita kerajaan yang prihatin terhadap
kebajikan rakyat,” jelasnya.
Pengagihan BR1M 2018 yang melibatkan peruntukan sebanyak
RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan
dilakukan dalam tiga fasa.
Bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai esok, manakala fasa
kedua dan ketiga bakal dibuat pada Jun dan Ogos ini. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel