Connect with us

Berita Lain

Dr M Dan Isteri Buat Kejutan Bersarapan Di Bangsar

Kredit Foto: Fb Firdaus Abdullah

KEMUNCULAN Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir
Mohamad di sebuah restoran popular di Bangsar hari ini mencetus satu lagi
spekulasi mengenai kerusi yang bakal ditandinginya.

Bekas menteri, Zaid Ibrahim yang turut berada di restoran
berkenaan pagi ini berkata, kedatangan mengejut bekas perdana menteri itu
disambut mesra oleh puluhan masyarakat pelbagai bangsa.

Dr Mahathir meluangkan masa untuk bersarapan pagi di situ
bersama isterinya, Dr Siti Hasmah sambil beramah mesra dengan para pelanggan di
restoran Bala’s Banana Leaf pagi ini.
“Beliau habiskan masa lebih kurang sejam. Saya sudah
sampai awal. Suasana meriah, ramai yang salam (Dr Mahathir),” katanya lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Advertisement

Memetik laporan The Malaysian Insight, Zaid yang kini menganggotai DAP juga berkata, sambutan mesra
itu menunjukkan Dr Mahathir berpotensi untuk bertanding di Parlimen Lembah
Pantai.
“Saya ingat dia (Dr Mahathir) akan bertanding di sini.
Yalah, Lembah Pantai ada banyak campuran pengundi Melayu. Ia mudah untuk dia
tetapi itu pandangan peribadi saya.
“Saya rasa ia idea yang bagus untuk pertimbang,” kata
bekas menteri Umno itu lagi.
Calon untuk kerusi Lembah Pantai kini masih menjadi teka
teki kerana penyandangnya, Nurul Izzah Anwar dijangka beralih ke kerusi
Parlimen Pandan menggantikan Rafizi Ramli.
Dalam pada itu penyelia restoran, Richard, turut berkongsi
cerita mengenai kemeriahan di restorannya semasa kunjungan pengerusi Bersatu
itu.
“Dr Mahathir dan isteri makan tose. Dr Mahathir minum
kopi Madras dari India. Banyak orang datang hendak tengok dia. Selfie pun ada.
Dia bayar (bil) di kaunter sendiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dia cakap tak payah diskaun,” kata Richard ketika
dihubungi.

Dr Mahathir pada 20 Januari lalu menghabiskan masa sehari di
Langkawi, satu lagi kawasan yang berkemungkinan besar akan ditandinginya.
Selain Langkawi, Dr Mahathir juga membuat lawatan di Kubang
Pasu.

Foto: TMI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel