Connect with us

Berita Lain

Dr M: ‘Jika Negara Diuruskan Dengan Baik, Peluang Pekerjaan Patut Bertambah Dan Tiada Masalah Pengangguran’



Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa golongan wanita kurang diwakili dalam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sesi dialog polisi mingguan yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi beliau, mantan perdana menteri itu menjawab soalan netizen berkenaan ketiadaan ‘tokoh utama’ ahli politik wanita seperti Tan Sri Rafidah Aziz dalam kabinet sekarang.
“Ya, benar, sekarang terdapat menteri wanita tapi bukan dalam peranan penting. Mereka ditugaskan memegang portfolio kecil dan bukan ekonomi, perdagangan.
“Terdapat kekurangan keyakinan terhadap kemampuan wanita sedangkan fakta menunjukkan golongan wanita adalah majoriti graduan universiti saban tahun. 
Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Jadi mustahil mereka tidak boleh mengendalikan peranan yang lebih rumit. Jika HARAPAN menang, kami akan mengutamakan peranan wanita,” kata Dr Mahathir lagi.

Seorang lagi pengulas dialog itu bertanya sama ada HARAPAN boleh menjanjikan yang sama atau lebih baik lagi daripada tawaran Barisan Nasional (BN) untuk memperuntukkan 30 peratus kerusi senator kepada golongan wanita jika diberikan mandat.
Mahathir berkata tawaran 30 peratus itu mungkin akan kekal sebagai ‘salah satu daripada banyak’ janji BN yang tidak dapat ditunaikan.
“Di Langkawi, Najib menjanjikan peruntukan RM5 bilion dalam tempoh lima tahun, tetapi sehingga ke hari ini tiada satu sen pun yang diberi.
“Wanita sangat berkemampuan sekarang ini dan kami (HARAPAN) bukan sahaja mempertimbangkan (untuk selaras dengan kuota BN) tetapi akan memperuntukkan lebih daripada 30 peratus. Apabila HARAPAN memerintah, akan ramai wanita mendapat peranan dalam pembuatan keputusan. Inilah HARAPAN, kami peduli dengan perjuangan golongan wanita, terutamanya untuk mereka yang berkelayakan,” kata beliau.
Sebelum itu, Mahathir menggalakkan golongan wanita, terutamanya suri rumah untuk menambah pendapatan dengan membuat perniagaan di internet.
Menurut beliau, golongan wanita lebih sedar bebanan akibat kenaikan kos sara hidup jadi mereka boleh menyumbang untuk pendapatan keluarga.
“Saya kenal seorang wanita yang boleh membuat roti dan kek dengan baik. Dia menjual kek di kedai tetapi perniagaan tidak berapa baik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kemudian dia mula menjual kek dari dalam talian dan malahan, sekarang perniagaan beliau menerima pelanggan dari luar negara. Peniagaan di internet tidak memerlukan kedai dan kemudahan cuma kemahiran sahaja,” katanya lagi.
Mahathir mendakwa kerajaan menggambarkan ekonomi tempatan seolah-olah berada dalam keadaan baik, misalnya dengan memetik KDNK dan eksport.  Namun, kata Mahathir ia tidak memberi kesan langsung terhadap kehidupan rakyat.
“Jika negara diuruskan dengan baik, jika eksport benar-benar meningkat, maka peluang pekerjaan patut bertambah dan tiada masalah pengangguran.
“Pada masa lalu, kesan perkembangan ekonomi dapat dirasai rakyat, sekarang tidak lagi demikian. Ada sesuatu yang tidak kena,” katanya lagi.
– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel