Connect with us

Berita Lain

Dr M Kena Tarik Darjah Kebesaran: Terima Keputusan, Jangan Pertikai Istana


Semua pihak digesa menerima dengan terbuka keputusan Sultan
Muhammad V menarik balik darjah kebesaran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad; Naib Presiden PAN, Husam Musa dan
Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah.
Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari
berkata, keputusan itu adalah hak mutlak Sultan serta Istana Kelantan dan tidak
harus dikaitkan dengan Kerajaan Pas Kelantan.
Justeru, katanya, jika ada mana-mana pihak yang mendakwa
keputusan dibuat atas nasihat Kerajaan Pas Kelantan maka mereka sebenarnya
telah menghina Sultan dan pihak istana.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pihak istana boleh beri dan tarik balik anugerah bila-bila
masa sahaja tanpa sebarang alasan.
“Komen-komen yang mengatakan ada nasihat daripada Kerajaan
Pas Kelantan adalah tidak betul kerana bukan kerja kita untuk memberi nasihat.
“Istana bertindak atas pertimbangan sendiri dan pihak yang
menuduh sebaliknya sebenarnya telah menghina Istana kerana seolah-olah mendakwa
Istana mengambil pandangan sebelah pihak dan bertindak atas pertimbangan
politik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Perhubungan Pas negeri Kelantan pada
Jumaat, 9 Februari 2018.
Terdahulu terdapat beberapa pihak yang merupakan penyokong
kuat PPBM dan PAN cuba menyalahkan sesetengah pihak berkaitan perkara
berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut mereka, pihak Istana tidak sewajarnya untuk membuat
penarikan darjah kebesaran berkenaan, lebih-lebih lagi daripada Pengerusi
Pakatan Harapan iaitu Mahathir yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin yang
paling banyak jasanya kepada negara.
Bagaimanapun tindakan menarik balik pengurniaan pingat ini
bukanlah suatu perkara yang dibuat berlandaskan ideologi politik, memandangkan
pihak Istana tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Apabila pihak Istana sudah enggan memberi darjah kebesaran
dan kemuliaan kepada seseorang itu, maka ia membawa erti pasti ada yang tidak
kena kepada mereka yang menerima nasib berkenaan. –TV14

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel