Connect with us

Berita Lain

Dr M: Ketepikan Kesetiaan Terhadap Parti Sendiri Untuk Bersatu Sokong Calon HARAPAN



Tiada pengumuman pengagihan kerusi dewan undangan negeri
(DUN) dalam Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) Pulau Pinang malam ini,
sebaliknya ceramah panjang oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad yang
menasihati pemimpin HARAPAN agar bermuafakat.

Dr Mahathir yang kelihatan tidak sihat dan batuk sepanjang
ceramahnya, menekankan kepada perwakilan agar mengenepikan perbezaan parti
masing-masing dan menyokong calon HARAPAN.
Dr Mahathir berkata beliau mendengar keluhan daripada pihak
yang tidak gembira kerana tidak mendapat kerusi yang diinginkan dan mungkin
tidak akan menyokong calon HARAPAN yang dipertandingkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Membina pakatan bukan sesuatu yang mudah, semua orang
mempunyai kesetiaan kepada parti masing-masing. Itu sesuatu yang normal.. tapi
jika kita terlau menekankan terhadap kesetiaan parti sendiri, kita tidak boleh
bersatu.
“Jika kita ingin bersatu, kita perlu mengetepikan
kesetiaan terhadap parti sendiri dan mengutamakan HARAPAN,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, muafakat seperti itu sangat diperlukan
ketika ini ekoran kemungkinan pertembungan pelbagai penjuru, namun tidak
menyebuk PAS secara spesifik.
“Sudah tentu akan ada masalah dalam pengagihan kerusi.
Kita akan rasa kecewa kerana parti lain diberikan kerusi yang kita mahu.
“Parti lain juga akan kecewa kerana tidak dapat semua
kerusi yang mereka mahu. Tapi jika semua orang tidak puas hati, ini bererti
kita sudah bertindak dengan adil.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Anda mungkin rasa tidak gembira kerana tidak dapat apa
yang anda rasa patut dapat namun itu tidak sepenting memenangi pilihan
raya,” katanya.
Dr Mahathir memberi amaran kepada mana-mana parti komponen
HARAPAN yang enggan menyokong rakan mereka akan kalah, yang menurutnya lebih
teruk berbanding tidak dapat bertanding dalam pilihan raya.
Bekas perdana menteri itu berkata, mesej ini juga telah
disampaikan kepada partinya sendiri



– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel