Connect with us

Berita Lain

Dr M: Perjuangan Belum Selesai, Rafizi


Satu demi satu suara sokongan terhadap Naib Presiden PKR
Rafizi Ramli kedengaran selepas dia didapati bersalah membocorkan data
perbankan.
Langkah diambil Rafizi itu – bersama seorang yang lain –
dibuat bagi mendedahkan kedudukan akaun syarikat akaun National Feedlot
Corporation Sdn Bhd (NFC) yang membabitkan Datuk Seri Mohd Salleh Ismail iaitu
suami Ketua Wanit Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Zamri Bakar mendapati
pendakwa membuktikan Rafizi dan seorang kerani bank, Johari Mohamad melanggar
Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) melampaui keraguan munasabah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kedua-dua mereka kemudian dijatuhi hukuman penjara selama 30
bulan.
Hari ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
tampil memberi kata-kata semangat buat Rafizi.
Dalam mesej ringkas melalui video itu Dr Mahathir menyatakan
sesuatu perjuangan kadang-kadang memakan masa.
Ia juga katanya terbuka kepada kemungkinan berjaya atau
kalau, namun perjuangan berkenaan mestilah diteruskan.
“Rafizi, kuatkan semangat.
“Jangan berasa kecewa. Kita berjuang mungkin mengambil
masa, mungkin menang, mungkin kalah, tetapi perjuangan mestilah kita teruskan
untuk bangsa dan negara,” kata Dr Mahathir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu sebelum ini dikenali
dengan ungkapan ikoniknya, “perjuangan yang belum selesai”.
Untuk rekod ungkapan itu juga menjadi tajuk sajak yang
dibacakan Dr Mahathir pada 1996.
Shahrizat ialah anggota parlimen Lembah Pantai selama tiga
penggal sebelum tumpas di tangan Nurul Izzah Anwar pada pilihan raya umum
ke-12.
Nurul Izzah memperoleh 21,728 manakala ketua wanita Umno itu
hanya mendapat 18,833 undi. Mereka dipisahkan oleh majoriti 2,895 undi.

Advertisement
Hakim membenarkan pelaksanaan hukuman ke atas Rafizi dan
Johari ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan mereka di mahkamah
tinggi.



– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel