Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Tak Sihat, Program Gempur Kubu MCA Terpaksa Ditangguh


Pakatan Harapan (HARAPAN) Bentong membatalkan program
jelajah Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan esok kerana kesihatan bekas
perdana menteri itu yang tidak mengizinkan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi HARAPAN Bentong
Wong Tack, Dr Mahathir dinasihatkan oleh doktor untuk berehat daripada
melakukan aktiviti luar.
“Penganjuran semula akan dimaklumkan kemudian. Pihak
penganjur juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan, program yang dijadualkan berlangsung esok di
kawasan parlimen presiden MCA itu turut melibatkan Presiden Parti Amanah Negara
(AMANAH) Mohamad Sabu, Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, dan Anggota
Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu
kelihatan tidak sihat dan batuk ketika berucap di Konvensyen HARAPAN di Pulau
Pinang 4 Februari lalu.
Sementara itu, wakil BERSATU bagi program itu, Mohd Ashraf
Mustaqim Badrul Munir yang dimaklumkan pejabat Dr Mahathir berkata, bekas
perdana menteri itu kurang berehat meski tidak sihat sejak minggu lalu.
“Dr Mahathir batuk sejak di program HARAPAN di Pulau
Pinang minggu lalu. Tapi masa tu Dr Mahathir tetap muncul.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Selepas pulang semula ke Kuala Lumpur, sepanjang
minggu Dr Mahathir tidak berehat. Meski batuknya makin teruk, dia tetap
bertugas. Tapi tadi doktor nasihatkan dia berehat,” katanya ketika
dihubungi Malaysiakini.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel