Connect with us

Berita Lain

Istana Kelantan Turut Tarik Pingat Dr Mahathir


Sehari selepas menarik balik darjah kebesaran dua pemimpin
kanan Parti Amanah Negara (AMANAH), istana Kelantan melakukan tindakan sama ke
atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penarikan balik pingat kebesaran Darjah Kebesaran itu
dinyatakan pihak istana melalui sepucuk surat yang diterima pihak Dr Mahathir
hari ini.
Surat itu bertarikh 6 Feb lalu dan dihantar ke rumah Dr
Mahathir di Seri Kembangan.
Semakan menunjukkan pingat yang ditarik balik itu ialah
Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang diterima Dr Mahathir pada April
2002.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sumber memberitahu Malaysiakini, Dr Mahathir sedang dalam
proses menyerahkan semula pingat berkenaan.
Ia dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu Tuanku Ismail
Petra dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Dalam titah ucapannya baginda menjelaskan penganugerahan DK
kepada Dr Mahathir itu dibuat sebagai menghargai peranan serta sumbangan beliau
selama ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan istana Kelantan menarik balik
pingat yang membawa gelaran Datuk kepada Naib Presiden AMANAH Husam Musa dan
pengerusi parti itu bagi Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Sama seperti surat yang dihantar kepada Husam dan Wan Abd
Rahim, makluman mengenai penarikan balik pingat buat Dr Mahathir juga
ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun untuk rekod penarikan semula pingat kebesaran
istana Kelantan itu bukanlah sesuatu yang baru.

Advertisement
Sultan Kelantan pernah melakukan penarikan balik anugerah
itu pada 2010 membabitkan beberapa individu termasuk Anggota Parlimen Gua
Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa
(PERKASA) Datuk Ibrahim Ali.

Sumber: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel