Connect with us

Berita Lain

Isteri Peguam Negara Lapor Polis Dakwaan Raja Petra


KUALA LUMPUR: Isteri Peguam Negara, Puan Sri Faridah Begum
Abdullah, membuat laporan polis kelmarin, berhubung beberapa penulisan Raja
Petra Kamarudin, yang disiarkan menerusi portal Malaysia Today.
Beliau berbuat demikian di Balai Polis Desa Sri Hartamas,
kira-kira jam 12 tengah hari.
Laporan itu dibuat susulan tindakan Raja Petra, menerusi
beberapa artikelnya yang disiarkan portal berkenaan, mendakwa suami Faridah,
Tan Sri Muhammad Apandi Ali, dipengaruhi pihak luar di dalam membuat keputusan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Faridah enggan mengulas lanjut mengenai isu yang
dibangkitkan beliau dalam laporan polis berkenaan, sebaliknya dan menyerahkan
sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten
Komisioner Rusdi Mohd Isa, ketika dihubungi, berkata pihaknya sedang meneliti
kes berkenaan daripada pelbagai aspek.
Beliau tidak menolak kemungkinan memanggil saksi untuk
memberi keterangan dalam siasatan yang dijalankan, jika wujud keperluan berbuat
demikian.
“Kes ini dikendalikan oleh Unit Jenayah Terkelas
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, sementara siasatan dibuat mengikut
Seksyen 500, Kanun Keseksaan kerana membabitkan fitnah dan Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel