Connect with us

Berita Lain

‘Karpet Merah’ Untuk Shahrizat Di Sungai Besar



SUNGAI BESAR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal
Md Yunos mengalu-alukan kehadiran Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat untuk
bertanding di sini.
Jelasnya, perbincangan sudah dilakukan tetapi bukan secara
rasmi di peringkat UMNO Sungai Besar.
“Memang sudah menjadi topik perbincangan di kalangan
pengundi di sini. Bagi saya, saya beri karpet merah untuk Tan Sri Shahrizat
sebagai calon di sini,” kata Jamal dalam satu sidang media di sini, hari
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Mengulas lanjut, katanya beliau bersedia meminta Ahli
Parlimen Budiman Zohdi untuk bertanding di DUN Sungai Panjang.
“YB Budiman sememangnya pemimpin yang baik dan popular.
Beliau juga wakil rakyat bagi DUN Sungai Panjang. Jika ini berlaku, kami akan
meminta beliau untuk bertanding di sana,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrizat melahirkan rasa teruja menerima
sambutan oleh Datuk Jamal.
“Jarang sekali seorang (calon) payung terjun mendapat
layanan ‘red carpet’ dengan ikhlasnya oleh ketua bahagian.
“Ini satu penghargaan bagi saya. Saya sebagai seorang
ahli politik sentiasa menhadapi segala-galanya, termasuk menjadi calon.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini juga adalah satu perhormatan terhadap pemimpin
wanita dan tanda perpaduan antara pemimpin wanita dan pemimpin lelaki dalam
parti, satu langkah yang begitu progresif,” kata Shahrizat.
Shahrizat juga menekankan bahawa beliau sebagai Ketua Wanita
sememangya kerap ke Sungai Besar, dan bukan orang luar di kawasan ini.



– Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel