Connect with us

Berita Lain

Kebakaran Bangunan KWSP: Tiada Unsur Jenayah


PUTRAJAYA – Kebakaran di bangunan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya tidak mengandungi unsur perbuatan
jenayah atau sabotaj, sebaliknya adalah kebakaran tidak disengajakan, kata
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar
hari ini.

Beliau berkata kebakaran itu berlaku semasa kerja-kerja pembaikan
masalah kebocoran ‘External Insulation Finishes System’ (waterproofing) dengan
menggunakan ‘granule bitumen membrane roll’ dilakukan di foyer di sebelah
belakang di tingkat satu bangunan.
Katanya ‘waterproofing membrane’ itu perlu dileburkan dahulu
bagi membolehkan bahan tersebut melekat pada lantai konkrit dan kaedah melebur
itu menggunakan ‘single burner flame gun’ yang menggunakan gas petroleum cecair
(LPG).
“Semasa kontraktor melakukan kaedah melebur itu, beliau
tidak tahu bahawa salutan dinding luar (cladding) jenis EIFS (Exterior
Insulation and Finish System) diperbuat daripada bahan mudah terbakar iaitu
‘Polystyrene foam’.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bangunan KWSP ini telah membuat pengubahsuaian yang melibatkan
pemasangan ‘cladding’ ini pada tahun 2003 dan menampalkan pada bangunan
mereka,” katanya dalam sidang media mengenai kebakaran bangunan KWSP di
pejabatnya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Noh berkata pihak Jabatan Bomba dan
Penyelamat telah menerima panggilan kecemasan pukul 11.52 pagi dan tiba di
tempat kejadian lima minit kemudian. Operasi memadam kebakaran mengambil masa
kira-kira 30 minit dan seramai 527 pekerja di bangunan tersebut telah berjaya
menyelamatkan diri.
Beliau menjelaskan kebakaran itu melibatkan lima peratus
daripada keseluruhan bangunan iaitu pada bahagian cladding di bahagian sebelah
kiri dan belakang, manakala bahagian dalam cuma berlaku kebakaran di sebahagian
kecil di tingkat enam.
Berdasarkan kesan kebakaran dan keterangan saksi, beliau
berkata tempat bermula kebakaran adalah sebelah kiri di bahagian belakang di
tingkat satu lantai foyer.
“Sumber nyalaan yang mencetuskan kebakaran adalah nyalaan
daripada LPG yang digunakan pada Single Burner (LPG) Flame Gun yang terkena
pada cladding dipasang pada bahagian luar dinding tersebut. Kemudian kebakaran
ini merebak dengan cepat pada cladding yang diperbuat daripada polystyrene foam
itu.
“Mana-mana bangunan perlu mendapatkan Sijil Penyiapan dan
Pematuhan (CCC) dan apabila bangunan itu mengubah suai, mereka bertindak
menambah bahan-bahan yang tidak diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,”
katanya.
Sehubungan itu, Noh mengarahkan bangunan yang menggunakan
‘cladding’ (bahan pelapis) yang mudah terbakar supaya menanggalkan bahan binaan
itu serta-merta sebaliknya menggantikan dengan bahan-bahan yang diluluskan oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Katanya bahan-bahan yang dibenarkan pada cladding mengikut
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 adalah bahan kelas O, dan antara
bahan yang telah diluluskan adalah ‘Clay Material for Finishing Materials for
Wall’, ‘Aluminium Composite Panel’ dan ‘Exterior Compact High Pressure
Laminates’.
“Saya ingin memberi ingatan dan amaran kepada semua bangunan
untuk segera tanggalkan polystyrene foam itu. Kalau didapati masih menggunakan
bahan itu, maka ia menjadi satu kesalahan yang besar. Sila beri kerjasama
kepada pihak bomba,” katanya.
Noh berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat juga akan melakukan
pemeriksaan mengejut ke atas bangunan-bangunan yang disyaki menggunakan
bahan-bahan itu.
“Sekiranya ada pihak bangunan yang tidak pasti mengenai
bahan yang digunakan, mereka boleh menghubungi mana-mana pihak bomba untuk
melakukan pemeriksaan rapi terhadap bahan itu. Kita mesti mengambil langkah
pencegahan,” katanya, sambil menambah polystyrene itu tidak boleh digunakan di
luar atau dalam mana-mana bangunan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dalam pada itu, Noh berkata laporan penuh mengenai kebakaran
itu dijangka dapat dikeluarkan dua minggu lagi.
Noh berkata rekod pihak bomba menunjukkan kebakaran bangunan
KWSP bukan kali pertama kerana insiden sama menggunakan bahan-bahan mudah
terbakar pernah berlaku di struktur luar Perpustakaan Kuala Lumpur di Jalan
Sultan Hishammuddin pada 2016.
Ditanya sama ada bangunan menggunakan polystrene foam kerana
harganya murah, Noh berkata: “Tidak semestinya bahan itu murah. Mungkin ada
beberapa kategori foam itu harga itu.
“Tetapi, apabila berlaku satu kebakaran, nyawa lebih
berharga. Kita tidak mahu insiden kebakaran Grenfell Tower di West London yang
mengorbankan 70 nyawa pada Jun tahun lalu berlaku di negara kita,” katanya.
Ditanya sama ada kontraktor sebelum ini yang menampal
bahan-bahan mudah terbakar pada bangunan KWSP akan diambil tindakan, Noh
berkata ketika pengubahsuaian bangunan itu dibuat pada 2003, bahan-bahan mudah
terbakar itu masih belum luas digunakan. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel