Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Umno Dilihat Mula Gentar, Terdesak


SHAH ALAM – Kerajaan Umno-BN dilihat semakin terdesak dan
mula merasa gentar dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang dikatakan mungkin bertanding di kerusi Parlimen Langkawi dalam
PRU14.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Akramsyah Muammar
Ubaidah Sanusi berkata, perkembangan itu menyebabkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak terpaksa membuat janji-janji manis kepada penduduk di sana
dengan mengumumkan peruntukan bagi tujuan pembangunan di sana.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini merupakan tindak balas daripada beliau selepas merasa
terancam dengan pengumuman Tun Mahathir sebelum ini untuk bertanding di Pulau
Langkawi.
“Malah jika kita lihat, bukan Umno sahaja yang merasa
terancam, malah Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad juga sudah mula
cemas dan takut dengan kehadiran Tun Mahathir sehingga beliau mengeluarkan
dakwaan-dakwaan tak masuk akal, “katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Akramsyah berkata, kerajaan Umno-BN hanya pandai memberi
kata-kata manis kepada rakyat menjelang PRU14 ini namun hakikatnya penduduk di
Pulau Langkawi sendiri tidak pernah merasakan sebarang hasil sepanjang zaman
pemerintahan Najib.
“Kita tak nafikan memang ada pembangunan seperti pembinaan
hotel baharu sewaktu zaman Najib namun umum perlu tahu di Langkawi sudah jadi
kelaziman bagi pembinaan seperti itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kita tak lihat ia adalah satu sumbangan jitu untuk
bangunkan Pulau Langkawi memandangkan semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir,
lebih banyak idea-idea bernas oleh beliau untuk majukan penduduk di sini tanpa
perbelanjaan yang tinggi,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel