Connect with us

Berita Lain

Lembaga Disiplin BERSATU Mula Perhati Ahli Bermasalah


Lembaga disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
kini sedang memerhati anggotanya yang bermasalah.
Ini susulan pelbagai kenyataan dan sidang media dibuat untuk
menghentam kepimpinan serta laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
(ROS).
Ini termasuk rasa ketidakpuasan hati yang diluahkan di media
sosial.
“Lembaga disiplin parti kini sedang tangani hal
berkaitan penyalahgunaan anggota parti seperti dalam isu bantahan atau kegiatan
mensabotaj parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mana-mana anggota yang melakukan tindakan yang
menjejaskan kepentingan parti akan diambil tindakan terhadap mereka oleh
lembaga disiplin ini,” kata Ketua Penerangan BERSATU Datuk Kamaruddin Mohd
Noor.
Kamaruddin memberi arahan mana-mana anggota yang dilihat
melanggar peraturan parti berdepan dengan hukuman atau akan dipecat.
Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah naib presiden
yang juga ketua BERSATU bahagian Kota Bharu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Sementara itu, Kamaruddin yang juga pengerusi BERSATU
Kelantan memberitahu, lembaga disiplin telah memecat tiga anggota parti atas
pelbagai kesalahan, antaranya mencela dan menyelar pimpinan.
“Saya nak ingatkan kepada anggota, ikut saluran yang
betul untuk sampaikan bantahan atau rasa tidak puas hati kepada pucuk pimpinan
parti.
“Ikut saluran parti yang sedia ada. Kalau tidak, kita
tak ada pilihan melainkan mengambil tindakan disiplin yang akan dikenakan
terhadap mereka,” katanya lagi.
Pihaknya kini juga sedang menyiasat beberapa lagi anggota
parti dan terbaru, mereka sedang membuat siasatan terhadap anggota yang membuat
sidang media di Kota Bharu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semalam, Malaysiakini melaporkan, beberapa anggota BERSATU
Kota Bharu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kekangan parti termasuk isu
pembahagian kerusi DUN.
Menurut Abdul Rashid, selaku ketua bahagian, beliau tidak
dimaklumkan tentang sidang media itu dan mendakwa ia dibuat tanpa persetujuannya.
“(Sidang media di Kota Bharu) dibuat tanpa pengetahuan
dan persetujuan saya selaku ketua bahagian.
“Kalau nak beri kenyataan, sepatutnya sayalah sebab
saya ketua bahagian. Maknanya, mereka ini ada agenda lain.
“Mereka tak nak keluar parti tapi (macam minta) nak
dipecat,” kata Abdul Rashid.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel