Connect with us

Berita Lain

Mahathir ‘Ajak’ KJ Bertarung Di Langkawi



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk berdepan dengannya di Langkawi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kenyataan bekas perdana menteri itu dibuat sebagai mengulas komen Khairy yang memperkecilkan sumbangan Dr Mahathir ke pulau Mahsuri berkenaan.
Kata Khairy tidak mungkin Dr Mahathir mampu membangunkan pulau peranginan itu secara bersendirian, sebaliknya dibantu jentera Umno dan BN.
Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Justeru Dr Mahathir hari ini membalas kenyataan menteri belia dan sukan itu dengan satu ayat ringkas.
“Suruh dia bertanding dengan saya di Langkawi,” katanya.
Bekas perdana menteri itu ditemui media selepas menghadiri majlis perayaan Ponggal di Kapar, Kelang hari ini.
Semalam Khairy menegaskan walaupun Dr Mahathir banyak berjasa kepada pembangunan di Pulau Langkawi, kemajuan itu tidak mungkin berlaku tanpa sokongan parti yang telah mengangkatnya menjadi perdana menteri.
“Bayangkan kalau BN tidak ada kuasa, tidak ada peruntukan, Langkawi tidak akan membangun,” katanya semasa menghadiri program Dialog Santai Bersama Anak Muda Langkawi pada 2 Feb.
Mengakui rakyat Langkawi masih bernostalgia dengan era Dr Mahathir masih memegang tampuk pemerintahan negara, Khairy berkata mereka perlu memikirkan tentang masa depan golongan muda.
Menurut laporan Malaysiakini, Langkawi menjadi satu daripada kerusi parlimen yang disasarkan Dr Mahathir dalam PRU ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya Ogos ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Langkawi mempunyai kedudukan yang penting kepada Dr Mahathir apabila beliau melaksanakan pelbagai projek di pulau berkenaan sehingga ia menjadi terkenal di seluruh dunia.
Selain Langkawi tiga kawasan lain yang mungkin menyaksikan kemunculan semula Dr Mahathir dalam politik negara ialah Kubang Pasu di Kedah, atau Putrajaya.
Langkah itu dibuat selepas Pakatan Harapan menamakan beliau sebagai calon perdana menteri jika mereka berjaya mengetepikan BN – untuk kali pertama dalam sejarah negara – daripada tampuk kuasa.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel