Connect with us

Berita Lain

Mukhriz Sahkan Bertanding Di Kedah



ALOR SETAR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir mengesahkan akan bertanding di Kedah pada PRU14, sekaligus menepis
ura-ura mengatakan beliau bakal bertanding di Selangor.

Bagaimanapun, Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan
Kedah tidak menolak kemungkinan bertanding di dua kerusi, Dun dan Parlimen
serentak, namun enggan dedahkan kawasan yang akan ditandinginya.
“Apa yang diuarkan termasuk laporan sebuah media perdana
baru-baru ini, saya andaikan ‘mabuk ketum’ kut. Tiada sebab saya nak bertanding
di negeri lain selain Kedah. Saya bukan bertapak di Selangor sebagai orang
politik, jadi tak masuk akal dakwaan itu,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Adun Ayer Hitam itu, beliau tidak sedikit pun berasa
gusar atau bimbang kalah jika memilih kerusi di Kedah.
“Gerenti Kedah! Kerusi mana kenalah tunggu dan lihat,”
katanya berseloroh.
Mengulas ramalan banyak pihak yang mahu beliau bertanding
kerusi Parlimen bersesuaian dengan kedudukan dalam parti selain layak diberikan
jawatan menteri kabinet, katanya, masih dalam pertimbangan.          
“Ada juga cadangan mahu saya bertanding peringkat Dun, saya
rasa cadangan itu boleh dipertimbangkan,” katanya.
Mukhriz turut menepis dakwaan kononnya beliau tidak yakin
menang di kerusi disandangnya dan memilih Selangor sebagai jalan selamat. 
“Pandangan orang tertentu sahaja, atas ketakutan itu
kononnya diuarkan saya nak bertanding di Selangor. Ia tak benar sama sekali,”
katanya.
Menurutnya, ia sekadar mainan psikologi politik sedangkan
dapatan kajian menunjukkan positif.
“Sokongan terhadap Pakatan Harapan melonjak di Kedah, atas
beberapa sebab antaranya setelah Tun Dr Mahathir Mohamad dicalonkan sebagai
Perdana Menteri Harapan yang juga anak jati Kedah. Dua daripada tiga kawasan
Parlimen yang sedang dipertimbangkan Tun untuk bertanding adalah di Kedah, ia
umpama suntikan semangat kepada rakyat Kedah,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tambahnya, pasti rakyat Kedah mahu mengambil peluang ini
untuk mengembalikan kegemilngan Kedah dalam arena politik tanahair.         
“Ketika saya tadbir Kedah, saya tak pernah timbulkan masalah
pada rakyat Kedah. Saya percaya peluang untuk menang di Kedah sangat cerah,”
katanya.
Sebelum ini, beberapa kajian menunjukkan Kedah bakal ditawan
Pakatan Harapan, manakala Pas juga mahukan Kedah susulan memiliki majoriti
pengundi Melayu.

Advertisement
“BN juga sudah mula mainkan kempen politik, dan turut bagi
tumpuan pada Kedah terutama di Jerlun dan Langkawi. Malah kawasan berkenaan
seolah ditabur peruntukan luar biasa, apa sahaja diperlukan pengundi, mereka
bagi. Kita tengok sahaja taktik seperti itu berkesan atau sebaliknya,” katanya.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel