Connect with us

Berita Lain

Muktamad! Pakatan Harapan Sudah Capai Keputusan Hal Pembahagian Kerusi DUN Johor



JOHOR BAHRU: Pakatan harapan (PH) sudah memuktamadkan
pembahagian 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor antara parti
komponennya bagi bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
keputusan telah dicapai dengan baik antara parti komponen secara kesepakatan.
“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding
18 kerusi DUN, DAP 14 kerusi manakala Amanah dan PKR masing-masing 12
kerusi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PH
Johor di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Muhyiddin berkata pecahan kerusi akan diumumkan kelak dan
pembahagian kerusi yang sudah diselesaikan itu membolehkan jentera pilihan raya
memulakan gerakan kerja menghadapi PRU14.
Beliau berkata PH merancang mengadakan rapat raksasa 6 April
depan di bandar raya ini membabitkan lima pemimpin utama PH sebagai acara
kemuncak lawatan mereka ke seluruh negara.
Konvensyen PH Johor juga dijangka diadakan pada April.
“Rapat raksasa akan diadakan pada sebelah malam di
lokasi yang akan ditetapkan. Satu jawatankuasa pula sudah diwujudkan bagi
mengadakan Konvensyen PH, namun, tarikhnya belum diputuskan,” katanya.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden PPBM berkata
parti itu akan mengambil tindakan melalui Lembaga Disiplin terhadap mana-mana
anggota parti itu yang membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
(ROS) berhubung isu pelanggaran perlembagaan parti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kalau bukan anggota parti, kami akan rujuk kes
tersebut kepada peguam sama ada wujud tindakan jahat untuk memalukan atau
fitnah. Kalau mereka adalah anggota parti, sama ada mereka pegang jawatan atau
tidak, kami akan serahkan kepada Lembaga Disiplin.
“Saya fikir mereka ini tidak layak lagi jadi anggota
PPBM. Sesiapa yang memburukkan parti tanpa merujuk pucuk pimpinan, maka, kami
anggap ini satu tindakan jahat dan kami akan ambil tindakan tegas,”
katanya.

Advertisement
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel