Connect with us

Berita Lain

Nahas DUKE: 2 Pemandu Perodua Myvi Dipenjara 3 Tahun


KUALA LUMPUR – Dua pemandu Perodua Myvi dihukum penjara tiga
tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas
didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa tiga beranak,
termasuk bayi berusia enam bulan, dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu
Klang (DUKE), tiga tahun lalu.

Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas
Siti Noor Aini Mohd Said, 39, penyelia restoran dan kenalannya yang merupakan
tertuduh kedua, Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 34, bekerja sendiri, selepas
mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes
pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Dalam keputusannya Zilfinaz berkata mahkamah menjatuhkan
hukuman terhadap kedua-dua tertuduh selepas mendapati keterangan mereka ketika
membela diri tidak konsisten dan bersifat penafian semata-mata.
Kedua-dua tertuduh turut diperintahkan dipenjara dua tahun
jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama
tempoh lima tahun.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan kedua-dua
tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap
keputusan hari ini didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan daripada
RM9,000 kepada RM14,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mereka
perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.
Pada 2 Mei 2015, Mohammad Fizal Reza dan Siti Noor Aini
mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya kepada orang
awam sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova
Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka yang berusia enam bulan, Nur Firuza
Annisa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Km6,
Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara
12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015 mengikut Seksyen
41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10
tahun dan denda sehingga RM20,000. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel