Connect with us

Berita Lain

Najib Bayangkan PRU14 Sebelum Musim Haji

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi bayangan bahawa PRU14 akan diadakan sebelum musim haji yang dijadual pada Julai depan.

Bercakap di hadapan 1,200 bakal haji pada majlis penyerahan surat tawaran haji Yayasan 1MDB di Masjid Putra di sini, Najib berkata langkah itu membolehkan umat Islam negara ini dapat mengerjakan ibadah tersebut dalam keadaan tenang selepas menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Tuan-tuan dijadual berlepas pada 14 Julai, iaitu selepas Aidilfitri dan satu lagi ‘hari raya’.

“Maknanya, selepas kedua-dua raya ini, baru tuan-tuan berlepas ke Tanah Suci,” katanya dipercayai merujuk ‘hari raya’ kepada bila PRU14 akan diadakan.

Najib berkata dua ‘raya’ itu dibuat lebih awal daripada musim haji untuk membolehkan bakal haji berlepas dengan tenang.

“Jadi, apabila di sana, berdoalah untuk kejayaan dan kesejahteraan pada negara dalam usaha menjadikan Malaysia model negara Islam contoh,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Pada majlis itu, seramai 1,200 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima surat tawaran haji, menjadikan  jumlah keseluruhan 6,911 pemimpin peringkat akar umbi mendapat tajaan dalam program cetusan idea Perdana Menteri sejak 2011.

Tarikh  luput mandat kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional (BN) pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh luput itu. –Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel