Connect with us

Berita Lain

Najib: ‘Parti Bunga’ Tak Mampu Tadbir Parti Sendiri



Bagaimana ‘parti bunga’ hendak mentadbir negara ini jika
pemimpin parti itu tidak mampu mentadbir parti sendiri, kata Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga presiden Umno, berkata pentadbiran dan perlembagaan
Umno mempunyai tertibnya yang tersendiri seperti mesyuarat bahagian dibuat
setelah selesai mesyuarat cawangan, namun ‘parti bunga’ adalah sebaliknya.
Tanpa menamakan parti berkenaan, Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU), pimpinan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,
menggunakan bunga sebagai lambang parti itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, parti pembangkang itu cuba untuk meniru
perlembagaan Umno, namun percubaan itu gagal apabila parti gagal mentadbir
parti yang mereka uruskan dengan baik mengundang rasa tidak puas hati dalam
kalangan anggotanya.
“Macam mana nak tadbir negara sendiri kalau parti tidak
diurus baik, jangan cakap mengenai perubahan (negara) jika kestabilan (negara)
pun masih tidak tentu (di bawah pentadbiran pembangkang).
“Jika tiada kestabilan negara bagaimana projek seperti
HSR (Kereta Api Laju) dapat dilaksana untuk rakyat, bukan setakat HSR, lampu
jalan pun tak mampu buat,” katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis
Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Penyerahan Program Pemasangan Lampu Jalan
Kampung Negeri Johor di Bukit Mor, di Muar, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hadir sama, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah
Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anggota Parlimen Muar,
Datuk Seri Razali Ibrahim.
Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis itu, Najib
berkata ‘parti bunga’ itu tidak sepatutnya menyalahkan Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan (ROS) atas segala permasalahan dihadapi parti itu.
“Sebelum ini ROS telah meluluskan pemilihan semua DAP…ini
bermakna mereka (parti bunga) tidak mampu mematuhi perlembagaan mereka
sendiri,”katanya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel