Connect with us

Berita Lain

Pembangkang Bohong, Malaysia Makin Maju – Salleh


KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya pihak pembangkang menerima
hakikat Malaysia telah berjaya dan dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan,
kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata pembangkang terus mengulangi pembohongan
mengenai Malaysia yang kononnya bakal muflis tetapi laporan antarabangsa
membuktikan ini tidak benar.
“Seringkali isu kejayaan ekonomi Malaysia dipolitikkan dan
rakyat diberitahu sebaliknya daripada apa yang sebenarnya berlaku,” katanya
dalam blog sskeruak.blogspot.my.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Salleh berkata masyarakat antarabangsa mengiktiraf
pencapaian Malaysia dan dapat melihat negara sedang menuju ke arah yang betul.
Beliau menegaskan 43 ahli Pertubuhan Perdagangan Sedunia
(WTO) memuji Malaysia kerana pencapaian ekonomi yang mengagumkan serta dasar
perdagangan dan ekonomi yang berhemat.
Menurut laporan, ketika menyertai Kajian Semula Dasar
Perdagangan Malaysia ke-7 yang berlangsung di Switzerland baru-baru ini,
anggota WTO turut memuji Malaysia kerana secara aktif meneruskan keterbukaan
perdagangan menerusi reformasi unilateral, pengaturan perdagangan serantau dan
2 hala serta penggubalan peraturan pelbagai hala.
“Anggota (WTO) turut mengakui kejayaan Malaysia dalam
memperbaharui dan mempelbagaikan ekonominya menyumbang kepada pertumbuhan yang
berterusan meskipun menghadapi pelbagai cabaran luar,” kata Salleh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menteri itu berkata pembaharuan ekonomi tidak mudah dan
tidak boleh dilakukan secara jangka pendek.
“Ia memerlukan ketahanan dan kadang-kadang, dasar yang tidak
popular demi untuk mencapai matlamat jangka panjang, terutamanya apabila cuba
membetulkan kerosakan yang berlaku pada masa lalu,” katanya.

– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel