Connect with us

Berita Lain

Pembangkang Tiada Kredibiliti – Khairul Azwan


IPOH – Pakatan pembangkang tidak mempunyai kredibiliti
kerana sering meracuni pemikiran rakyat dengan perkara negatif yang tidak
mempunyai sebarang kesahihan, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.
Beliau berkata strategi itu telah digunakan pembangkang
sejak beberapa pilihan raya terdahulu ,namun ia dilihat tidak akan menjejaskan
sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya dalam pilihan raya
umum ke-14 (PRU14).
“Pembangkang di Perak ini sama macam pembangkang di
negeri lain. Mereka hasut dan racun pemikiran rakyat dengan pelbagai dakyah,
pembohongan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Namun apa yang kita nampak, rakyat telah sedar melalui
rekod pencapaian yang telah kita  (Umno
dan BN) bawa menerusi program-program pembangunan yang telah
dilaksanakan,” katanya dalam sidang media selepas Program Penyampaian Bantuan
Tahun Baharu Cina kepada 50 penerima di Wisma Umno Perak di sini, hari ini.
Beliau berkata agenda pembangunan dan kemajuan yang menjadi
tunjang kepada struktur pentadbiran negara pada ketika ini juga akan akan
diteruskan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada BN untuk kekal memerintah
pada PRU14.
“Inilah wadah atau parti yang boleh memastikan
kestabilan sama ada di bidang politik, ekonomi dan juga kebahagiaan rakyat itu
dapat diteruskan apabila rakyat memberi sokongan dan undi pada BN,”
katanya. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel