Connect with us

Berita Lain

Persempadanan Semula Tidak Untungkan BN Di Kedah, Kata Pakatan Harapan


PAKATAN Harapan (PH) percaya persempadanan semula kawasan
pilihan raya akan memihak kepadanya di Kedah walaupun cadangan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) di seluruh negara dikritik hebat kononnya akan memenangkan
Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi PH Kedah Dr Azman Ismail berkata sempadan
baru kawasan pilihan raya yang diusulkan oleh SPR akan mengasingkan pengundi
mengikut garis kaum, memisahkan pengundi Melayu dan bukan Melayu.
Katanya, langkah itu bertujuan mengukuhkan sokongan bagi BN
di kawasan majoriti Melayu kerana pengundi bukan Melayu dianggap cenderung
menyokong pembangkang.

Bagaimanapun beliau berpendapat langkah itu akan
menguntungkan PH kerana pemerhatian mereka di lapangan sama dengan kajian yang
menunjukkan ada peralihan sokongan pengundi Melayu di negeri utara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sekiranya sokongan Melayu beralih 10 peratus kepada PH
saya rasa persempadanan semula akan jadi perangkap kepada BN, sokongan ini akan
menyebabkan orang menolak BN,” kata Dr Azman.
Faktor Dr Mahathir
Beliau berkata peralihan itu boleh jelas ternampak
terutamanya pada enam bulan kebelakangan ini kerana faktor Pengerusi Bersatu Dr
Mahathir Mohamad.
“Sebenarnya dari awal gerak kerja PH di Kedah, kita lihat
lonjakan sokongan Dr Mahathir, dalam setahun ini kita boleh lihat.
“Dan sokongan itu sangat jelas dan ketara dalam tempoh enam
bulan terakhir ini, apabila ada sokongan dari kampung tradisi Melayu yang kita
kata bukan ‘anti perubahan’ tapi mereka sangat konservatif,” katanya.
Menurut Dr Azman kebanyakan rakyat Kedah masih ada hormat
dan setia kepada Dr Mahathir yang “boleh diterjemahkan dalam bentuk
undi”.
“Saya rasa silap orang Umno apabila terlalu menyerang
Dr Mahathir.
“Rakyat Kedah mengenali Dr Mahathir sebagai doktor mereka.
Biasanya doktor ini memang ada hubungan istimewa dengan pesakitnya  .
“Apabila digembar-gemburkan yang luar biasa, kata
beliau ini penipu, pembohong… orang akan kata ia tidak benar dan perkara ini
akan memakan diri Umno kembali.”
PH juga yakin akan ada peralihan sokongan pengundi Melayu
atas dua sebab: perpecahan dalam Umno Kedah dan kelemahan dalam PAS.
Dr Azman berkata beliau yakin undi yang sepatutnya pergi
kepada Umno dan PAS itu akan datang kepada Bersatu dan PH.
“PAS Kedah semakin lemah, saya rasa kerana mereka masih belum
bangkit sepenuhnya atas kekalahan mereka semasa PRU12,” katanya.
PAS memenangi Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada
2008. Parti Islam itu bagaimanapun kalah hampir separuh kerusi negeri pada
2013.
Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi negeri,
dengan 19 kerusi di dewan undangan negeri diperlukan oleh sesebuah parti
politik untuk membentuk kerajaan negeri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
PH sekarang memegang lapan kerusi negeri dan empat kerusi
Parlimen.
“Kita perlukan lagi 11 kerusi lagi untuk menang dan
seterusnya dapat membentuk kerajaan,” katanya.
“Dan kita sebenarnya lihat PH ada potensi menang lebih dari
11 kerusi.”
Isu kos sara hidup
Kedah, negeri jelapang padi Malaysia, bergantung kepada
bidang pertanian sebagai sumber pendapatan utama rakyatnya.
Negeri itu, dengan 1.2 juta pengundi berdaftar, mempunyai
76% penduduk Melayu, 13% Cina, 7% India dan 4% kaum lain.

Dr Azman berkata cabaran utama yang dihadapi rakyat Kedah
ialah kos hidup yang meningkat dan pengangguran.
“Ia antara luahan oleh rakyat, tentang peningkatan kos sara
hidup, dan mereka ini pula rata-ratanya pesawah,  penoreh getah, dengan harga komoditi jatuh
begitu juga dengan pendapatan.
“Rakyat Kedah terkesan dengan harga ringgit jatuh kerana
mereka ini banyak beli barang dan berurus niaga di Thailand.”
Menurut Jabatan Perangkaan, Kedah mencatatkan pendapatan per
kapita kedua paling rendah di Malaysia, sebelum Kelantan.
KDNK per kapitanya pada RM18,249 lima kali lebih rendah
berbanding Kuala Lumpur.

– The Malaysian Insight

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel