Connect with us

Berita Lain

PPBM Kota Bharu Anggap Parti Tiada Masa Depan


KOTA BHARU: Sayap kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) Kota Bharu, hilang kepercayaan terhadap parti itu dan pakatan
pembangkang terutama dalam isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU-14).
Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che
Min, turut berpendapat parti itu sudah tiada masa depan dan tidak akan menang
pada PRU-14 dengan pelbagai masalah dihadapinya.
“Kita kecewa dan tidak berpuas hati dalam banyak isu
terutama pengagihan kerusi di Kota Bharu dan di daerah lain. Masalah yang
timbul kini apabila Parti Amanah Negara (PAN) mahu tiga kerusi Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malah, daerah lain juga mengalami masalah sama
seolah-olah PPBM dipinggirkan sedangkan kita memiliki jentera yang cukup jika
dibandingkan dengan PAN.
“Perbincangan isu pengagihan kerusi sudah mengambil
masa beberapa bulan, namun sehingga kini tiada kesudahan dan mencapai
penyelesaian apabila setiap parti masing-masing mahu meletakkan calon,”
katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pemuda PPBM Kota Bharu, Nik Mohd Adhwa
Nik Haris; Ketua Srikandi Kota Bharu, Normala Abdul Kadir.
Mohd Nor Hashim berkata, isu berkenaan sudah dibawa ke
peringkat tertinggi berikutan terlalu banyak masalah timbul, namun masih tiada
penyelesaian menyebabkan mereka tawar hati dengan parti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Setakat ini kita belum mengambil keputusan untuk
keluar parti dan masih dalam peringkat perbincangan sebelum keputusan dibuat.
“Namun realitinya, masa depan PPBM sudah tiada dan Tun
Dr Mahathir Mohamad sepatutnya memberi laluan kepada pemimpin lebih muda
memandangkan beliau sudah berusia 93 tahun dan mempunyai masalah penyakit.
“Malah, orang Melayu dalam Pakatan Harapan semakin
lemah dan DAP pula menjadi semakin kuat. Jelas sekarang DAP yang menguasai
Pakatan Harapan,” katanya yang turut menggesa parti mengadakan mesyuarat
agung tahunan (AGM) semula.
Sementara itu, Normala berkata, masalah yang berlaku ini
perlu diselesaikan segera sebelum semakin ramai ahli tidak berpuas hati dan
mengambil keputusan keluar parti.

Advertisement
– Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel