Connect with us

Berita Lain

ROS Digesa Segerakan Pendaftaran 21 Bahagian Bersatu


PETALING JAYA – Bersatu memohon pertimbangan Jabatan
Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk memberi kelulusan segera berhubung pendaftaran
21 bahagian parti itu.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan
menghantar surat kepada ROS dalam masa terdekat sebagai makluman.
“Kita akan hantar surat untuk memohon pertimbangan supaya
penubuhan 21 bahagian Bersatu di seluruh negara yang sudah dikemukakan pada ROS
diberikan kelulusan dengan seberapa segera.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“21 bahagian itu telah mempunyai keahlian dan jawatankuasa
penaja juga telah ditubuh tetapi tidak dapat digerakkan sehinggalah pendaftaran
dapat luluskan secara rasmi oleh pihak ROS,” katanya kepada pemberita pada
sidang media di ibu pejabat Bersatu, hari ini.
Menurut Muhyiddin, kelulusan segera diperingkat bahagian itu
penting bagi membolehkan penubuhan diperingkat cawangan dapat dilaksanakan.
“Selepas bahagian ditubuhkan, maka langkah seterusnya untuk
memenuhi Perlembagaan adalah mengadakan cawangan.
“Proses  ini penting
bagi membolehkan Bersatu bergerak kehadapan memenuhi kehendak perlembagaan dan
kemungkinan selepas itu  parti boleh
mengadakan proses pemilihan pimpinan disemua peringkat secara sah mengikut
perlembagaan.
“Sekiranya cawangan tidak didaftarkan maka agak sukar bagi
parti bergerak mengikut perlembagaan. Kita berharap perkara ini akan
dipertimbangkan,” katanya lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dalam pada itu katanya, Bersatu akan menghantar surat dalam
tempoh terdekat ini bagi meminta penjelasan berhubung aduan berkaitan parti itu
yang diterima oleh ROS.
“Kita akan mengutus surat kepada ROS untuk meminta kerjasama
mengenai aduan yang telahpun diterima berkaitan Bersatu.
“Tujuannya adalah untuk mengetahui apakah sebenarnya aduan
itu dan apakah tindakan wajar yang boleh diambil oleh Bersatu berdasarkan
laporan itu
“Setakat hari ini, kita tidak pernah terima laporan yang
dikemukakan oleh pihak tertentu,” kata Muhyiddin.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel