Connect with us

Berita Lain

Serah Memorandum Bantah Tun M Calon PM


KUALA LUMPUR: Kira-kira 150 pemuda Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) menyerahkan memorandum membantah pemilihan Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) kepada Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Mereka mengambil peluang menyerahkan memorandum dua muka
surat itu kepada Anwar yang sedang menjalani pemulihan di Hospital Rehabilitasi
Cheras di sini, susulan pembedahan bahu kanan yang dijalaninya pada November
tahun lalu.
Bekas Exco Pemuda PPBM, Muhd Syazwan Ahmad Zainal, berkata
antara intipati utama memorandum berkenaan adalah meminta campur tangan Anwar
bagi menyelesaikan kemelut dihadapi komponen dalam pakatan pembangkang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami meminta Datuk Seri (Anwar) melakukan sesuatu
menyelamatkan kekacauan sesama parti yang berlaku di dalam PH termasuklah isu
pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masih berlarutan sehingga ke
hari ini.
“Kami tidak bersetuju apabila PH meletakkan Tun Dr
Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri PH kerana seperti diketahui, PPBM
adalah penyokong reformasi Anwar.
“Tun (Mahathir) pula semasa pemerintahannya menentang
Anwar, jadi sudah tentulah kami tidak dapat menerima sekiranya beliau
dicalonkan sebagai Perdana Menteri PH,” katanya yang mengetuai penyerahan
memorandum itu.
Muhd Syazwan mendakwa, sebagai individu yang
bertanggungjawab mewujudkan PH, Anwar mempunyai kelebihan dan kekuatan
melakukan sesuatu daripada terus melihat pakatan itu dipergunakan Tun Mahathir
untuk mencapai matlamatnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Tun Mahathir hanya menggunakan pakatan itu untuk
kembali berkuasa di Putrajaya kerana ada kepentingan yang hendak dicapai,”
katanya.
Beliau berkata, memorandum itu diserahkan kepada wakil Anwar
pada jam 2.45 petang sebelum mereka bersurai 15 minit kemudian.

– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel