Connect with us

Berita Lain

‘Terbeban Dengan Kos Sara Hidup, Rakyat Akan Undi HARAPAN’ – Muhyiddin



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenaikan kos sara hidup di
bawah kerajaan sekarang akan menyebabkan rakyat memilih Pakatan Harapan
(HARAPAN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Timbalan Presiden HARAPAN itu berkata, ia dapat dilihat
setiap kali beliau turun ke lapangan, serta berdasarkan kajian yang dijalankan
HARAPAN sejak tahun 2016.
“Kita tidak mahu ini (kenaikan kos sara hidup) berlaku,
tetapi hakikatnya ia berlaku di seluruh negara berdasarkan kajian yang dibuat
pada 2016 dan 2017.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Terbukti bahawa antara masalah utama yang dihadapi
rakyat adalah kenaikan kos sara hidup dan GST,” kata bekas timbalan
perdana menteri itu.
“Isu subsidi sudah dilupakan dan GST menjadi faktor
yang dominan di mana sahaja,” katanya lagi selepas sesi bertemu masyarakat
di Pasar Dato’ Keramat, Kuala Lumpur hari ini.
Katanya lagi, kerajaan gagal bertindak untuk memastikan
pengguna tidak terbeban dengan harga barang yang tinggi, tidak seperti ketika
beliau menjadi menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kira-kira
dua dekad lalu.
“Ketika saya jadi menteri dulu (1999-2003), saya datang
ke pasar setiap dua minggu untuk lihat harga barang agar tidak
membebankan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam sesi bertemu masyarakat yang dibuatnya, beliau berkata
rata-rata yang ditemuinya berkata sudah tiba masanya untuk menukar kerajaan.

Advertisement
“Sentimen sangat jelas. Mereka sendiri berkata inilah
masanya untuk mereka lakukan perubahan,” katanya lagi.

Sumber: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel