Connect with us

Berita Lain

Tertuduh: Saya Tidak Bunuh Kevin Morais, Kenapa Dituduh?


KUALA LUMPUR: Tertuduh ke-3 dalam kes pembunuhan Timbalan
Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais beritahu Mahkamah Tinggi hari ini
bahawa dia tidak membunuh Kevin Morais dan sehingga kini tidak mengetahui
kenapa dia dituduh melakukan perbuatan itu.
R Dinishwaran, 26, berkata dia menyerah diri di Balai Polis
Sentul pada 21 September 2015 selepas melihat gambarnya terpampang di akhbar
sehari sebelum itu.
“Semasa saya keluar makan, saya ada lihat gambar saya dalam
suratkhabar.
“Saya tidak tahu baca tetapi kakak saudara saya tolong
bacakan dan beritahu saya dicari polis,” katanya ketika pemeriksaan utama
peguam V Rajehgopal pada hari ke-3 prosiding membela diri hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dinishwaran, saksi pembelaan ke-2 dalam kes pembunuhan itu
berkata keesokannya beliau pergi ke Balai Polis Sentul bersama seorang peguam,
M Manoharan.
“Saya ada tanya di kaunter pertanyaan balai polis, kenapa
saya dicari, mereka suruh saya tunggu sebentar sebelum seorang polis datang dan
beritahu saya dicari untuk satu kes bunuh,” katanya, memberitahu dia kemudian
ditahan di lokap selama seminggu dan dibawa ke mahkamah pada 27 September 2015
untuk direman.
Terdahulu menceritakan semula pertemuannya bersama 5
tertuduh lain iaitu M Vishwanath, S Ravi Chandaran, S Nimalan, G Gunasekaran
dan A K Thinesh Kumar pada 3 September 2015, atas urusan pembelian kereta untuk
Vishwanath yang hampir selesai, beliau berkata Vishwanath dan Thinesh Kumar kemudian
pulang ke Kedah pada 5 September 2015.
Dinishwaran berkata setelah Vishwanath dan Thinesh Kumar
pulang, dia terus meluangkan masa bersama Nimalan sebelum dimaklumkan Ravi yang
dikenali sebagai “Selvam”, meminta mereka ke kedai milik Gunasekaran yang
dikenali sebagai “Jay” untuk membantu membersihkan kedai tersebut yang dalam
proses ubah suai.
Kepada soalan Rajehgopal, adakah Dinishwaran ada melihat
sebuah tong di kedai itu, saksi itu berkata dia ada ternampak sebuah tong
berwarna putih dan merah dan ketika dia sampai tong itu sudah pun ada di sana
dan diberitahu “Jay” tidak memerlukan tong itu dan mahu membuangnya.
Rajehgopal turut bertanya Dinishwaran adakah dia melihat
darah pada tong itu, Dinishwaran berkata, “Tidak, ada tumpahan cat berwarna merah
sahaja,”.
Dinishwaran turut memberitahu, “Selvam” menyuruh Nimalan
mencari jentera angkat-susun (fork-lift) untuk mengangkat tong itu ke dalam
kenderaan Mitsubishi Triton kerana berat dan dipenuhi simen.
Katanya, sebuah fork-lift tiba di kedai itu bersama seorang
pemandu, kemudian mengangkat tong itu masuk ke dalam kenderaan jenis Mitsubishi
Triton dan tidak lama kemudian “Selvam” dan Nimalan keluar dari kedai lalu
memandu Triton bersama tong itu.
“Lebih kurang 10 minit, mereka balik ke kedai. Ketika itu
Triton itu sudah kosong, tidak ada tong,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menjawab soalan Rajehgopal, tidakkah Dinishwaran bertanya
“Selvam” dan Nimalan mengenai tong itu dan adakah dia tahu kandungan tong itu,
Dinishwaran berkata dia tidak bertanya kerana ia tiada kena mengena dengannya
dan dia tidak ada apa-apa kaitan dengan tong itu.
Ketika pemeriksaan balas, Timbalan Pendakwa Raya, Saiful
Edris Zainuddin berkata, Dinishwaran menyerah diri kerana melakukan kesalahan
iaitu membunuh Kevin Morais dan tidak boleh melarikan diri kerana Malaysia
sebuah negara kecil, saksi itu berkata dia tidak bersetuju.
“Saya tidak setuju. Bila saya buat kesalahan, saya tidak
akan serah diri. Saya akan melarikan diri. Saya tidak buat kesalahan sebab itu
saya serah diri,” katanya.
Dinishwaran, 26; Thinesh Kumar, 25; Vishwanath, 28; Nimalan,
25, Ravi Chandaran, 47, dan doktor tentera Kolonel Dr R Kunaseegaran, 55,
mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan
dari Jalan Dutamas 1, Sentul, ke No 1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam
7.00 pagi dan 8.00 malam, 4 September 2015.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan
dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, membawa hukuman mati mandatori jika sabit
kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung
esok.

– Free Malaysia Today

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel