Connect with us

Berita Lain

Timbul Spekulasi Najib Takut Tun M


SHAH ALAM – Peruntukan Kerajaan Pusat bagi lima projek baharu di Pulau Langkawi boleh menimbulkan spekulasi mengenai kebimbangan Umno-BN terhadap pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini berikutan pengumuman yang dibuat bekas perdana menteri itu yang mungkin akan bertanding di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya pada PRU14.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, rakyat boleh buat spekulasi dan mengaitkan peruntukan itu dengan kebimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Mahathir.

“Sentimen Mahathir di Langkawi masih kuat. Mahathir yang membangunkan Langkawi, daripada sebuah kampung nelayan menjadi destinasi pelancongan terkenal di dunia.

“Jadi tidak dinafikan Mahathir masih mempunyai hubungan peribadi yang rapat dan kuat dengan penduduk di Kedah, terutama di Kubang Pasu, apatah lagi di Langkawi,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya, rekod kemenangan BN menang tanpa tewas di Langkawi, mungkin boleh tercabar, sekiranya Mahathir memutuskan untuk bertanding di pulau lagenda itu.

Malah menurut Mohd Azizuddin, Mahathir mempunyai potensi besar untuk menang di Langkawi berbanding Kubang Pasu dan Putrajaya.

“Bagaimanapun, peruntukkan itu amat diperlukan dan projek pembangunan bukan sahaja berlaku pada zaman Mahahtir, kerana Najib juga memainkan peranan menaikkan Langkawi,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Kelmarin, Najib mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.315 bilion untuk lima projek baharu kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Projek berkenaan melibatkan pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi bernilai RM500 juta, kuarters baharu petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baharu di Padang Matsirat (RM30 juta), menaik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang- Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek mengatasi masalah bekalan air (RM600 juta).

Untuk rekod PRU, Langkawi kekal sebagai kubu kuat BN dengan majoriti besar dan tidak pernah tewas kepada parti pembangkang.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel