Connect with us

Berita Lain

Tindakan PH Saman ROS Rencatkan Proses Pendaftaran



KUALA LUMPUR: Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan meneliti semua aduan dan percanggahan dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH) sebelum memproses permohonan pendaftarannya.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, mengulangi pendirian berkenaan susulan tindakan PH memfailkan saman terhadap agensi terbabit di mahkamah hari ini, yang beliau sifatkan hanya akan merencatkan proses pendaftarannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, ROS sedia berdepan PH di mahkamah kerana agensi terbabit diperuntukkan kuasa menerusi Akta Pertubuhan 1966 untuk meneliti sebarang aduan dan isu melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sekali gus mengundang risiko pendaftarannya dibatalkan serta menjejaskan status pakatan pembangkang.
mempertahankan tindakan menggunakan akta ini bagi menyiasat semua permohonan, khususnya membabitkan kes PPBM susulan pelbagai aduan daripada peringkat akar umbi dan bekas ahli partinya,” katanya.
Walaupun disaman, Surayati berkata, RoS bertanggungjawab untuk meneliti isu dan aduan membabitkan pertubuhan yang didaftarkan di Malaysia bagi memastikan kesahihan penubuhan serta tindakannya.
“Pendaftaran PPBM sepatutnya kes mudah dalam memastikan sayap pemudanya atau ARMADA terkandung dalam perlembagaan parti, namun semakan lanjut mendapati wujud aduan daripada peringkat akar umbi dan bekas ahli parti bahawa mesyuarat agung tahunan tidak dianjurkan pada semua peringkat.
“Setakat ini, ada 430 aduan atas meja saya yang belum diteliti ROS,” katanya yang turut bingung dengan tindakan PH memfailkan saman di mahkamah kerana pakatan itu belum diperakui sebagai badan yang sah mengikut Akta Pertubuhan 1966.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sehubungan itu, katanya, PH diingatkan untuk tidak menganjurkan sebagai demonstrasi atau perhimpunan haram kerana mereka ketika ini tidak diiktiraf di sisi perundangan.
“Kerajaan belum mengambil tindakan, tetapi ia boleh dilakukan,” katanya.
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini dilaporkan berkata akan mengheret ROS ke mahkamah selepas agensi itu didakwa mengambil sikap berdiam diri mengenai permohonan pendaftaran pakatan berkenaan.
Kegagalan ROS melaksanakan peranannya sebagai agensi kerajaan didakwa menyebabkan rangkaian kerja dan persediaan PH berdepan pilihan raya umum terpaksa ditangguhkan.
– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel