Connect with us

Berita Lain

Tun M Hapus Legasi Tun Razak



JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir
Mohamad, menghapuskan legasi yang dibina Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak
Hussein ketika memerintah negara.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad,
berkata ketika zaman pemerintahan Tun Abdul Razak, beliau melakukan perubahan
dengan memberi penekanan kepada kerja pembangunan kawasan luar bandar.
Beliau yang berkhidmat bersama Barisan Nasional (BN) di bawah
era tiga Perdana Menteri sehingga kini itu berkata, keadaan berubah ketika
zaman pentadbiran Dr Mahathir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Zaman Tun Mahathir menindakkan dan menghapuskan legasi
Tun Abdul Razak. Pembangunan luar bandar yang diilhamkan Tun Abdul Razak dan
diteruskan Tun Hussein Onn dihapuskan.
“Bagaimanapun, legasi Tun Abdul Razak dikembalikan
ketika zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan memperkenalkan
pertanian sebagai perniagaan.
“Pada zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, ia
terus diperkukuhkan sehingga diperluas ke Sarawak dan Sabah,” katanya
ketika ditemui, di sini, semalam.
Shahrir yang juga Pengerusi FELDA dan Pengerusi Kelab
Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) berkata, perkara itu yang paling jelas dapat
dilihat beliau sepanjang berkhidmat dalam tiga era pentadbiran Perdana Menteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dalam perkembangan lain, Shahrir berharap politik di negara
ini berubah menjadi lebih matang dan bukan dengan mengangkat soal personaliti
atau individu sehingga memburukkan satu sama lain seperti dilakukan
pembangkang.
“DAP, dulu dia guna Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini dia
guna Tun Mahathir pula. Politik negara sekarang terlalu banyak pada
personaliti, cuba matang sikit dengan melihat pada dasar dan ideologi,”
katanya.
– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel