Connect with us

Berita Lain

Umno Sengaja Takutkan Rakyat


GEORGETOWN – Kenyataan Umno tentang elaun nelayan yang akan
dihentikan sekiranya Pakatan Harapan menang di Pulau Pinang pada PRU14
disifatkan sebagai cubaan menakutkan rakyat.
Exco Kesihatan, Pertanian dan Pembangunan Desa, Dr Afif
Bahardin berkata, kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan menunjukkan sikap
buruk pemimpin Umno.
Menurutnya, Pakatan Harapan tidak pernah mengabaikan
golongan nelayan malah sangat komited dalam mengangkat martabat dan taraf
kehidupan nelayan menjadi lebih baik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Kita akan tetap meneruskan pemberian subsidi dan elaun sara
hidup kepada nelayan apabila Harapan membentuk kerajaan di Putrajaya.
“Kita juga komited dalam memperkenalkan dasar-dasar baru
untuk memajukan industri perikanan di Malaysia. Pakatan Harapan akan melakukan
reformasi sistem melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan sebagai agensi yang cekap dan telus
dalam memberi khidmat serta menjaga kebajikan nelayan di seluruh negara,”
katanya.
Afif yang juga Adun Seberang Jaya berkata demikian bagi
mengulas kenyataan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya yang
berpandangan elaun sara hidup untuk nelayan tidak akan diteruskan jika Harapan
berjaya memerintah negara pada PRU14 nanti kerana Harapan tidak mempunyai dana
dan peruntukan yang mencukupi.
Afif menambah, Kerajaan Pulau Pinang juga fokus dalam
meringankan beban rakyat negeri ini yang dihimpit dengan kenaikan kos sara
hidup yang semakin meruncing.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Fokus utama kita sebagai kerajaan negeri adalah membela
nasib rakyat yang perlu menghadapi kenaikan kos sara hidup. Perkara ini jelas
terbukti apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan Belanjawan Marhaen
2018 dengan pelaksanaan dasar yang menguntungkan rakyat,” katanya.
Afif berkata, melalui Program Penyerahan Bantuan Baucar
Pukat Nelayan Pesisir Pantai Pulau Pinang, kerajaan negeri memperuntukkan RM1
juta setahun kepada nelayan di negeri ini.
“Program tersebut diadakan sejak 2013 hingga tahun ini bagi
menghargai dan mengiktiraf jasa nelayan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman
politik. Seramai 2,500 nelayan menerima manfaat melalui bantuan baucar pukat
bernilai RM400,” katanya.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel