Connect with us

Berita Lain

‘Uncle’ Jutawan Bantu PPBM, Dr M Berlakon Minta Derma


KANGAR, 24 Feb — Tindakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad meminta derma dan sumbangan orang
ramai bagi membantu parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya
sebagai satu lakonan sahaja.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul
Rahman berkata PPBM sebenarnya tidak mempunyai masalah kewangan kerana yakin
ada tokoh-tokoh perniagaan semasa zaman pemerintahan bekas perdana menteri itu
akan tampil dan sanggup menaja parti itu pada PRU14 kali ini.
“Saya tahu siapa ‘Uncle’ yang selalu menaja sambutan ulang
tahun kelahiran Dr Mahathir dengan kos RM1 juta hingga RM2 juta hampir saban
tahun kerana masa berkuasa dulu dia (Dr Mahathir) beri mereka bermacam peluang
sehingga menjadi jutawan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika Dr Mahathir hendak bertanding (PRU) kali ini, saya
yakin mereka akan sokong dia,” katanya kepada pemberita selepas perasmian
Seminar Agronita 2018 peringkat negeri oleh menteri besar, Datuk Seri Azlan Man
di sini, hari ini.
Justeru, sebagai ‘orang lama’ dalam Umno, katanya, beliau
mengetahui ‘drama’ dan ‘temberang’ bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.
Tajuddin, yang juga timbalan menteri pertanian dan industri
asas tani, berkata Dr Mahathir boleh menipu rakyat dengan ‘lakonannya’ tetapi bukan
dengan orang-orang lama dalam Umno.
“Saya amat kasihan dengan rakyat yang mudah percayakan
beliau,” katanya dan menambah Dr Mahathir juga boleh bertanding atas tiket DAP
pada PRU14 tetapi beliau tidak akan mendapat sokongan orang Melayu.
Menyentuh soal bijirin ‘quinoa’ yang menjadi makanan diet
perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, katanya, pembangkang tiada modal
sehingga makanan pun dijadikan modal politik mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“… apa masalahnya kalau dia (Najib) hendak makan. Sesiapa
pun kalau mampu boleh makan jika ia baik untuk kesihatan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata pembukaan  empat kawasan jelapang baharu iaitu di Kota
Belud (Sabah), Batang Lupar (Sarawak), Rompin dan Pekan (Pahang) yang meliputi
19,000 hektar kawasan dijangka dapat memenuhi keperluan beras dalam negara
menjelang 2020.
Katanya, kekurangan ketara ialah daging kerana 80 peratus
masih bergantung kepada import yang bernilai kira-kira RM2 bilion setahun
manakala import produk tenusu pula hampir RM4 bilion setahun. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel