Connect with us

Berita Lain

[Video] Rupa-Rupanya Isteriku Sering ‘Makan Luar’…


KELAKUAN pelik seorang isteri yang sering memesan Grab
terbongkar apabila suami wanita tersebut menangkap pasangannya bersama seorang
pemandu Grab berkhalwat di sebuah hotel.

Satu rakaman video yang tular di Indonesia menyaksikan
wanita tersebut dan teman lelakinya itu diserbu atas laporan yang dibuat oleh
suaminya sendiri di dalam bilik hotel di bandar Lampung, Sumatera.

Berdasarkan video yang dimuat naik menerusi Facebook oleh
seorang pengguna bernama Eric Riswandi itu, wanita tersebut kelihatan marah
apabila diserbu petugas agama di dalam bilik hotel tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Suami menyerbu isteri yang tengah berduaan dengan lelaki
lain di sebuah bilik hotel. Sang suami adalah anggota polis, sang isteri
pegawai Badan Penyelenggara Jaminan Sosial (BPJS) dan berselingkuh bersama
seorang pemandu Grab,” tulis Eris Riswandi.
Video berdurasi 2 minit 40 saat itu jelas Riswandi adalah
diambil salah seorang petugas agama yang turut serta dalam serbuan itu
menunjukkan wanita tersebut memarahi petugas-petugas agama yang merakam video
tersebut.
Ketika ditangkap, wanita yang sudah mempunyai tiga anak itu
enggan memberikan kerjasama pada mulanya, tetapi akhirnya bersetuju untuk
dibawa ke sebuah balai polis selepas suaminya hadir ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, wanita yang ditangkap bersama lelaki bukan
muhrimnya itu mengaku tidak berbuat apa-apa di dalam bilik hotel tersebut
ketika ditahan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Sementara itu, petugas yang melakukan serbuan tersebut
berkata, maklumat keberadaan wanita berkenaan di lokasi tersebut dilaporkan
sendiri oleh anggota polis yang juga merupakan suami kepada wanita curang
terbabit.
Di dalam rakaman video tular tersebut, pemandu Grab yang
juga merupakan teman lelaki wanita tersebut tidak banyak berkata-kata, berbeza
pula dengan wanita tersebut yang memaki hamun mereka yang menyerbunya.
Jelas wanita itu, dia tidak mahu memberikan kerjasama kerana
dia kebetulan masih memakai baju uniform BPJS dan akan dibuang kerja sekiranya
pihak atasan agensi tersebut mendapat tahu.
Sehingga kini, video yang dikongsikan itu mendapat lebih
57,000 perkongsian serta sudah ditonton lebih 6 juta kali melalui akaun
Facebook Eris Riswandi.
Kedua-dua suspek dibawa ke balai polis di bandar Lampung dan
siasatan lanjut sedang dijalankan.



– Mynewshub

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel