Connect with us

Berita Lain

[Video]Kakitangan Hotel Dibuang Kerja Lepas Minta ‘Blow Job’


VIDEO memaparkan seorang kakitangan sebuah hotel di Bali,
Indonesia meminta pelanggannya melakukan ‘blow job’ atau seks oral sekiranya
mahu baki wangnya dipulangkan telah mengundang kecaman hebat netizen di media
sosial.

Aneta Baker, berasal dari New Zealand memuat naik rakaman
berdurasi lebih lapan minit, merakam perbualan bersama lelaki tempatan
berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada petang Jumaat, 31 Januari lalu.
Menerusi status panjang yang disertakan bersama gambar
pekerja hotel berkenaan, Aneta menjelaskan lelaki berkenaan memintanya
melakukan perkara tidak senonoh selepas dia meminta mengembalikan wangnya
berikutan berlaku salah faham ketika tempahan bilik hotel.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan, Aneta mendakwa dia dan kawan-kawannya tidak
menginap di hotel berkenaan selama satu malam, sebelum tarikh mereka daftar
keluar dan memohon untuk pihak hotel memulangkan semula wang tersebut.
Bagaimanapun, pekerja lelaki berkenaan, seperti dipetik di
dalam rakaman video menjelaskan proses untuk memulangkan wang kepada Aneta perlu
melalui proses yang agak lama, dan kebarangkalian untuk dia mendapatkan semula
wang tersebut adalah rendah.

Suspek kemudian bersetuju untuk memberikan semula wang Aneta
tetapi dengan syarat mangsa perlu memuaskan nafsunya dengan melakukan seks
oral.

Advertisement
“Dengar apa yang dia kata pada 0:09 saat. Dia nyatakan
‘sesuatu yang tidak senonoh’ (blow job) dengan perlahan tetapi ia boleh
didengar dengan jelas,” tulisnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Video yang dimuat naik sejak 2 Februari lalu turut menerima
tontonan lebih daripada 3.8 juta kali dan menerima lebih 20,000 perkongsian
daripada pengguna media sosial.
“Wanita semua, kamu tahu jika sesuatu tidak betul dan kamu
dibenarkan untuk bersuara! Lelaki semua juga jika kamu mendengar sesuatu  yang tidak betul, pertahankan dia (wanita).
“Saya minta anda jadi berani dan berani, kamu (wanita)
mempunyai harga diri di dunia dan sepatutnya tidak boleh diletakkan dalam
situasi ini atau seseorang menawarkan perkara seperti ini kepada kamu,” tegas
ibu kepada seorang anak itu.

– Mynewshub

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel