Connect with us

Berita Lain

Wow! Upah Sampai RM3 Juta


PENDEDAHAN Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena
Abu Samah yang dahulunya orang Umno kini beralih ke pembangkang, tentang
kegiatan blogger atau cybertrooper amat memeranjatkan.
Beliau mengesahkan ada kalangan blogger dan cybertrooper ini
menerima bayaran. Bukan kecik duit tau!
Menurut Syarul Ema Rena, mereka dibayar hanya sekali
mengikut kadar kepakaran masing-masing seperti blogger, penulis portal atau
cybertrooper yang jadi tukang mengapi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Cybertrooper Umno ada yang dapat puluh ribu, ratus ribu,
juta. Ada dapat RM3 juta untuk satu projek sehingga habis PRU. Dalam
pembangkang, cybertrooper tak dibayar tetapi dilakukan dengan inisiatif ahli
parti. Tetapi DAP, Amanah, Bersatu saya tak tahu,” katanya.
Menurutnya, suatu ketika dahulu cybertrooper dalam Umno
menerima bayaran post dan share minimum RM1,500 sebulan untuk seorang tetapi
kini hanya RM500.

Ratu Naga

Berkenaan demam hashtag (#) seperti #RespectMyPM dan macam-macam
lagi yang popular di laman sosial pemimpin negara, katanya ia dilakukan oleh
‘robot’ atau auto reply.
Ini kerana katanya, jika dilihat dari profil Facebook atau
apa sahaja medium sosial media, pemilik akaun berkenaan palsu.
(Hmmm…patutlah. Harap-harap jangan guna profil orang yang
dah arwah!) 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika dalam Umno, beliau mengaku aktif menangkis segala isu
yang dihentam pembangkang terhadap parti namun dek kerana tidak boleh
berkompromi dengan beberapa dasar kerajaan, beliau keluar parti tetapi kegiatannya
sepanjang menjadi cybertrooper atau penulis sehingga kini tidak pernah
dikenakan tindakan undang-undang.
“Saya kini di pihak pembangkang. Saya tulis berdasarkan
fakta tetapi cybertrooper Umno kini cakap merapu, maki hamun dan mereka bukan
level-level saya. Selalunya tiga, empat jam selepas saya troll apa sahaja
maklumat, pasti ada reaksi. Posting saya ada yang mencecah ribuan share dan
like hingga 98,000,” katanya.
Jelasnya lagi, cybertrooper ini ada yang makan dua-dua pihak
di mana perjuangan mereka tidak jelas kerana upah yang diterima malah ada yang
berasa diri mereka bagus hanya kerana dapat duduk semeja dengan ketua bahagian.

– Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel