Connect with us

Berita Lain

Zahid Sahkan ROS Siasat BERSATU


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memulakan
siasatan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berhubung status
mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu yang mendapat bantahan anggota parti
pembangkang berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata memandangkan siasatan itu memerlukan penelitian dokumen yang akan
mengambil sedikit masa, ROS telah diminta mempertingkatkan siasatan tersebut.
“Kita telah meminta ROS bukan sekadar memulakan siasatan
tetapi dapat mempertingkatkan siasatan dan penuhi aduan-aduan berkenaan,”
katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri
(KDN) di Putrajaya hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri mengulas gesaan anggota-anggota
BERSATU yang mahu ROS mempercepatkan siasatan dan mengambil tindakan kerana
mereka mendakwa AGM pada Disember lepas tidak sah dan melanggar peraturan
perlembagaan parti.
BERSATU mengadakan AGM pertama mereka pada 30 Dis lepas.
Semalam, bekas exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM
Pusat Mohamad Taufik Abas berkata 1,999 anggota parti itu akan berhimpun di Ibu
Pejabat ROS sebagai tanda protes sekiranya masih tiada sebarang tindakan
diambil terhadap parti itu dalam tempoh dua minggu.
Semasa ditanya sama ada ROS boleh menyiapkan siasatan itu
dalam tempoh dua minggu, Ahmad Zahid berkata : “Terpulanglah kepada
mereka. Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti pengoperasian mereka
(ROS).”
Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata ROS sedang
meneliti 249 aduan yang dikemukakan anggota BERSATU di seluruh negara terutama
berkaitan dakwaan pelanggaran perlembagaan parti itu.
Siasatan awal ROS mendapati 47 daripada keseluruhan aduan
berkeaan mempunyai percanggahan dengan perlembagaan dan peraturan parti.
Pada sidang media itu, Ahmad Zahid membidas turut dakwaan
Pakatan Harapan bahawa penggubalan undang-undang baharu bagi mengekang berita
palsu adalah untuk “menutup kebenaran”.
“Penggubalan undang-undang baharu tidak sama sekali untuk
menutup sebarang kebenaran,”tegasnya.
“Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13, dakwaan tentang 40,000
rakyat Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia bukankah berita palsu? Itukah
‘kebenaran’ yang mereka mahu paparkan lagi?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Berita palsu akan ada dalam strategi kempen saat-aat
akhir… itu saya pasti,” katanya semasa mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan
Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta supaya undang-undang itu tidak
digunakan untuk menutup kebenaran.
Pada majlis perhimpunan hari ini. Ahmad Zahid melancarkan
Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) KDN di mana ia dibangunkan untuk mengenal
pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi
personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.
SPIER akan digunakan untuk pengambilan kakitangan KDN
khususnya bagi penguat kuasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan
Imigresen.
SPIER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara
berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.
SPIER bagi Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Sukarelawan
Malaysia (RELA), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Kawalan Sempadan
Malaysia (AKSEM) sedang dibangunkan dan akan digunakan sepenuhnya menjelang
2019.

Advertisement
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel