Categories: Berita Lain

‘Pakatan Harapan Sumpah Takkan Jamah Pun Duit Rakyat’ – Mukhriz



PULAU GADONG: Pakatan Harapan (PH) bersumpah untuk tidak
langsung ‘menjamah’ duit rakyat sekiranya mereka berjaya mengambil alih
kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Naib presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata,
sumpah tersebut akan dilaungkan sekiranya mereka diberikan mandat berkenaan.
“Macam mana rakyat boleh yakin dengan satu pihak untuk jaga
amanah negara kalau pemimpinnya menunjukkan contoh tak baik?

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tak boleh bayangkan kalau kita tak boleh beri
pilihan pada rakyat… Tak boleh la macam tu,” katanya kepada pemberita dalam
satu sidang media selepas menghadiri program sambutan Tahun Baharu Cina anjuran
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Taman Gadong Perdana, Melaka, malam
tadi.
Turut berada pada majlis yang dihadiri kira-kira 300
penyokong pakatan pembangkang itu ialah Ketua Pembangkang Melaka yang juga
Setiausaha PH negeri, Khoo Poay Tiong dan Ketua PPBM Tangga Batu, Mohd Rafiq
Naizamohideen.
Dalam pada itu, Mukhriz yang juga timbalan presiden PPBM
turut berkata, gabungan pembangkang itu akan memperketat undang-undang negara
untuk memastikan tiada pihak yang menyalahgunakan kuasa.
Tegasnya, semua jawatan berkepentingan seperti Ketua Audit
Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Ketua Peguam Negara perlu dipilih melalui satu jawatankuasa
pilihan melalui Parlimen dan tidak hanya bersandarkan pengesyoran perdana
menteri semata-mata.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Satu daripada janji PRU ialah untuk perketatkan
undang-undang negara supaya tak ada langsung ruang untuk disalah guna mana-mana
pihak.
“Pelantikan jawatan tinggi dalam kerajaan, peguam
negara, audit, gabenor termasuk KP SPRM, semua ini mesti melalui jawatankuasa pilihan
dalam parlimen,” katanya lagi.
Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Ayer Hitam ketika diaju soal kesediaan mencabar kerusi tradisi Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah di DUN Bakar Bata berkata, beliau bersedia untuk
diletakkan di mana-mana kawasan.

-Astro Awani

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago