Categories: Berita Lain

Dewan Rakyat Kecoh Isu Berita Palsu


KUALA LUMPUR – Sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh
seketika dengan pertikaman lidah beberapa anggota Parlimen berhubung
penggubalan akta baharu bagi menangani penyebaran berita palsu.
Kekecohan timbul ketika Datuk Seri Bung Moktar Radin
(BN-Kinabatangan) membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang
di-Pertuan Agong.
Beliau berkata penggubalan akta itu penting memandangkan
mutakhir ini terdapat banyak penyebaran berita palsu terutama daripada pembangkang yang bertujuan mengelirukan
rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka (pembangkang) hasut dan berbohong kepada rakyat,
ceramah siang malam, sebar berita tidak tepat, saya percaya rakyat di luar sana
tidak akan termakan dengan hasutan palsu mereka,” katanya.
Bung Moktar turut membidas pihak pembangkang yang berdiam
diri apabila terpalit dengan isu tindakan kerajaan negeri Selangor menyerahkan
kembali tanah di mukim Ijok kepada dua syarikat pemaju yang kemudiannya menjual
tanah itu kepada pihak ketiga mengikut harga pasaran berjumlah RM1.18 bilion,
selain isu projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau
Pinang.
Anggota Parlimen Kinabatangan itu menafikan dakwaan
pembangkang bahawa Malaysia sebuah negara muflis dengan memberi petunjuk ramai
rakyat berkunjung ke luar negara tahun lalu.
Tian Chua (PKR-Batu),
yang tidak berpuas hati, bangun mencelah dengan menyindir bahawa rakyat
Malaysia semakin maju dengan memiliki kapal layar mewah yang dirampas di
Indonesia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Inilah contoh pemimpin pembangkang yang suka sebar berita
palsu. Mahkamah mana yang sahkan bahawa kapal ini milik rakyat Malaysia?
Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sampai hari ini tidak boleh buktikan
apa-apa. Tidak ada seorang pun dibawa ke mahkamah,” katanya.
Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang turut mencelah
membidas tindakan pembangkang asyik menimbulkan isu mengenai 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) walaupun telah disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara (PAC).
Sejak kapal layar mewah, Equanimity dirampas di Bali oleh
polis Indonesia, pelbagai dakwaan palsu tersebar, antaranya turut dikaitkan
dengan pembelian kapal itu oleh hartawan kontroversi Jho Low yang kononnya menggunakan
dana AS$250 juta daripada 1MDB.
— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago