Categories: Berita Lain

Tindakan Sivil Terhadap Jho Low, Bukan 1MDB – KPN


KUALA LUMPUR: Tindakan pihak berkuasa Jabatan Keadilan (DoJ)
Amerika Syarikat merampas kapal Equinimity di Indonesia yang didakwa dimiliki
Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low merupakan tindakan
Pelucuthakan Sivil terhadap individu tersebut dan bukan terhadap syarikat
1Malaysia Development Berhad (IMDB).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata,
siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2016 mengesahkan Jho Low
tidak pernah bekerja di IMDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Siasatan terhadap syarikat tersebut telah dijalankan pada
tahun 2016 selepas penemuan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016.
“Daripada siasatan polis, Jho Low didapati tidak pernah
bekerja dengan 1MDB, dan semua keputusan serta urus niaga syarikat tersebut
dibuat pengurusan dan lembaga pengarahnya.
“Siasatan ke atas kes syarikat itu juga masih dijalankan dan
pada peringkat ini, tiada keterangan yang kukuh untuk mengaitkan Low Taek Jho
dengan keputusan dan urus niaga 1MDB, namun, sekiranya kita memperolehi bukti
baharu terhadapnya, kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu
kenyataan di sini hari ini.
Tambah Mohamad Fuzi, sehingga kini, PDRM tidak ada menerima
sebarang makluman dari pihak berkuasa Indonesia mahupun Biro Siasatan
Persekutuan (FBI) berhubung rampasan kapal layar tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kita juga tidak pernah dihubungi mana-mana pihak bagi
membantu dalam siasatan berkaitan kapal layar berkenaan,” jelasnya.
– UTUSAN ONLINE

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago