Categories: Berita Lain

Johari Calon Terbaik BN Ganti Azmin



SHAH ALAM – Hasrat BN untuk menawan semula Selangor pada
PRU14 mungkin tercapai sekiranya Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Johari
Abdul Ghani dicalonkan sebagai menteri besar.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan),
Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, peluang parti
keramat Melayu itu dilihat lebih cerah jika ura-ura meletakkan Johari yang juga
Menteri Kewangan II bertanding di kerusi Dun, seterusnya menjadi orang nombor
satu di Selangor.
Katanya, jika tidak, apa yang mungkin berlaku adalah Pakatan
Harapan (Harapan) dan BN akan mencapai kerusi hampir setara menyebabkan Pas
berperanan menjadi penentu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Untuk menyatakan BN akan menang adalah sesuatu yang
pra-matang kerana BN secara sendirian sukar mencapai jumlah kerusi yang
mencukupi untuk memerintah.
“Tambah lagi, BN Selangor sering dilanda masalah dalaman dan
tiada tokoh benar-benar berwibawa ditonjolkan untuk menjadi menteri besarnya.
Namun jika kedudukan Johari dipertimbangkan,
peluang Umno dilihat semakin tinggi,” katanya ketika dihubungi Sinar
Harian.
Terdahulu, Pengerusi BN,
Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada BN Selangor untuk
memberi fokus kepada misi menawan semula Selangor pada PRU14.
Najib menegaskan BN tidak mahu tewas kepada pembangkang
untuk kali ketiga.
Kamarul Zaman berkata, prestasi pentadbiran yang baik belum
tentu dapat menjamin Harapan mencapai kemenangan di Selangor dalam PRU14 kerana
politik sebenar di akar umbi adalah lebih penting.
Bagaimanapun menurutnya, jika parti-parti komponen Harapan
di Selangor dapat merapatkan kembali hubungan antara satu sama lain dan Bersatu
serta Amanah dapat menambat hati pengundi Melayu dalam tempoh kempen, peluang
Harapan pasti lebih cerah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, kemungkinan untuk
Harapan tumbang di Selangor tidak boleh ditolak terus kerana banyak undi Melayu
akan lari dari Harapan bila Pas tiada di dalamnya.
Katanya, di kawasan
majoriti Melayu dan kawasan campuran, kedudukan PKR sendiri tidak begitu
selamat kerana Bersatu dan Amanah tidak mampu menampung undi Pas.
“Ini dibantu pula oleh perpindahan sebahagian pengundi bukan
Melayu kepada BN seperti dapat dilihat dalam PRK Sungai Besar pada tahun 2016.
“Sebab itulah sebahagian pemimpin PKR masih mengharapkan
satu kerjasama politik dapat dijalinkan antara parti itu dan Pas bagi menjamin
kemenangan calon-calon mereka,” katanya.

– Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago