Categories: Berita Lain

(TERKINI) “Wanita Itu Ibu Kandung Mereka,” Polis Sahkan 2 Beradik Itu Tidak Diculik



10 Mac – Polis mengesahkan wanita yang membawa dua beradik berusia empat dan enam tahun ketika berada di tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya, kelmarin adalah ibu kandung kepada kanak-kanak berkenaan, lapor Harian Metro

Sumber polis berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi sehingga kini, pihaknya mendapati wanita yang membawa kanak-kanak terbabit adalah ibu kandung mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Pihak kami sudah meneliti beberapa aspek dan mendapati wanita yang membawa keluar kedua-dua kanak-kanak berkenaan adalah ibu kandung mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 9 pagi kelmarin, dua beradik dikatakan dilarikan tiga individu tidak dikenali, termasuk seorang wanita ketika berada di tadika berkenaan.

Kehilangan Raheel Khan dan Aleya Reyhana disedari ketika ibu saudara mereka hadir untuk mengambil mereka pulang.

Namun ibu saudara kanak-kanak itu dimaklumkan oleh guru tadika ada seorang wanita datang mengambil adik-beradik berkenaan kira-kira 9 pagi atas alasan ingin membawa mereka untuk pemeriksaan kesihatan.

Advertisement


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Wanita itu mendakwa akan membawa pulang dua beradik berkenaan dalam masa sejam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mengesan wanita terbabit untuk membantu siasatan.


– Siakap Keli

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami KecederaanDisimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 mins ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

4 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago