Connect with us

Berita Lain

100 Hari Pertama Tadbir Negara, PH Tawar Caruman KWSP Untuk Suri Rumah



SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) menawarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah dalam manifesto yang dilancarkan pada Khamis.

Caruman KWSP untuk suri rumah ini merupakan salah satu dari 10 tawaran PH yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Manifesto yang diberi nama “Buku Harapan” menawarkan 60 janji sekiranya PH berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain KWSP untuk suri rumah, PH juga berjanji akan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari pertama berkenaan.



PH turut berjanji untuk mengenal pasti hutang-hutang peneroka Felda yang boleh dimansuhkan.

Selain itu, PH juga berjanji untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam yang menerima gaji kurang dari RM4,000 sebulan.
Advertisement


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Menerusi Buku Harapan setebal 201 muka surat itu, PH juga berjanji jawatan Perdana Menteri dan Menteri Besar serta Ketua Menteri, dihadkan kepada dua penggal sahaja.

PH turut memberi gambaran akan mengembalikan semula subsidi petrol secara beransur.

Manifesto PH ini turut memasukkan dasar yang pro-Bumiputera yang sebelum ini tidak terkandung dalam Buku Jingga yang dijadikan sandaran pakatan pembangkang dalam PRU sebelum ini.

Majlis pelancaran itu diadakan di Ideal Convention Centre, Shah Alam, Selangor malam tadi. 




– Astro Awani

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel