Categories: Berita Lain

PPBM Bersedia Sekiranya Dibubarkan – Tun Mahathir


TANAH MERAH: Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh
mengadakan gandingan dengan rakannya dalam Pakatan Harapan (PH) sekiranya parti
berkenaan dibubarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata,
pihaknya bersedia dengan “plan B” sekiranya notis pembubaran
dikeluarkan terhadap PPBM.
Namun, katanya, tindakan itu akan menyusahkan PPBM kerana
pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir menyebabkan terpaksa membuat
pelbagai perubahan dalam kempen, penyediaan kain rentang dan sebagainya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Mahathir turut mempersoalkan kenapa RoS mengambil masa
selama lapan bulan untuk memberikan notis tersebut sedangkan RoS boleh menulis
surat pada bila-bila masa untuk mendapatkan dokumen yang dipinta.
Katanya, RoS mengambil masa yang lama untuk berbuat demikan
sedangkan PPBM perlu bergerak dan melakukan persiapan untuk PRU ke-14.
Mantan perdana menteri itu juga berkata, RoS perlu menerima
jawapan yang dikemukakan oleh PPBM berhubung maklumat yang diminta oleh agensi
berkenaan sebelum ini.

“Kita boleh jawab semua soalan-soalan yang ditanya, dan
bila kita jawab benda yang benar, RoS mesti terima. Kalau dia (RoS) boleh
terima keputusan daripada UMNO yang tak ada laporan, mestilah dia boleh terima
dan luluskan keputusan kami yang ada laporan dan bukti,” katanya ketika
menghadiri program Ramah Mesra Jelajah Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Bekas presiden UMNO itu turut membidas RoS yang didakwa
sengaja melambatkan proses pendaftaran PPBM.
“Yang kita hairan, RoS menunggu lapan bulan untuk beri
notis. Bukanlah luar biasa sangat nak tahu kita punya minit (mesyuarat),
bila-bila masa mereka beri surat, kita akan jawab. Tapi mereka tak jawab sampai
lapan bulan. Kita ada kerja nak buat, persiapan untuk pilihan raya. Kita nak
sediakan sepanduk, bendera dan macam-macam lagi,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dr Mahathir menambah, pihaknya bersedia dengan pelbagai
kemungkinan ekoran keputusan daripada RoS.
Terdahulu, RoS mengeluarkan notis kepada PPBM yang
memerlukan parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada
jabatan itu termasuk minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta
perihal penyata kewangan parti bagi melengkapkan siasatan berikutan aduan yang
dikemukakan oleh anggota-anggota parti itu.
Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata sekiranya PPBM
gagal menyerahkan maklumat serta dokumen yang diminta, tindakan susulan boleh
diambil mengikut Akta Pertubuhan bagi mengeluarkan perintah pembubaran ke atas
parti berkenaan.



– Astro Awani

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

2 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

4 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

5 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

7 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

7 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

7 days ago