Categories: Berita Lain

(Terkini) Buli Dan Curi Duit Serta Telefon Bimbit Remaja OKU, 2 Orang Suspek Ditahan Pihak Polis


14 Mac – Telah tular di laman sosial seorang remaja Orang
Kurang Upaya (OKU) dibuli oleh dua orang lelaki sebelum didakwa menyamun
telefon bimbit dan wang tunai ramaja OKU berkenaan.
Video yang dimuat naik oleh Nur Izzara Aisha di facebooknya
mendapat ribuan perkongsian dan perhatian netizen.
Menurut Izzara, kejadian itu berlaku di padang permainan di
taman perumahan di Taman Sri Kluang, lapor Siakap Keli.
“Kejadian membuli dan mencuri telefon bimbit milik
seorang anak kurang upaya (OKU).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mohd Nor Akmal dibuli di padang permainan di rumah
murah Taman Sri Kluang serta telefon bimbitnya jenama Samsung J2 dan wang
belanjanya dalam beg merah telah diambil dua lelaki terbabit,” tulisnya.
Berdasarkan video tersebut, mangsa ditolak beberapa kali
oleh suspek yang dikenali sebagai Boy, manakala rakan suspek pula merakam video
kejadian itu.
Sesekali mangsa cuba menolak suspek agar berhenti dari
mendekati dan mengapa-apakannya. Malangnya, suspek menolak lehernya dengan kuat
sehingga menyebabkan mangsa tercekik menahan kesakitan.
Sementara itu di media sosial, netizen mengutuk tindakan
suspek dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap
dua remaja terbabit.
Nur Izzara turut berkongsi ID Facebook suspek, bagaimanapun
akaun Facebook berkenaan telah dipadamkan berikutan kes itu mula viral di media
sosial.
“Seriously saya menangis tengok video ini sebab
terbayangkan anak buah saya sendiri yang juga OKU,” katanya yang juga
berharap remaja terbabit mendapat balasan setimpal.
Menurut beberapa sumber, dua orang suspek yang didakwa
membuli itu telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham
berkata, bapa remaja OKU berkenaan membuat laporan polis selepas melihat video
anaknya dibuli, petang semalam.

Katanya, dua suspek berusia 20-an itu ditahan tengah malam
tadi selepas menerima laporan polis daripada bapa mangsa.
“Polis sudah menahan dua suspek buli berkenaan termasuk
yang merakam video itu tengah malam tadi selepas gerakan mengesan mereka dibuat
sebaik menerima laporan.

“Kejadian buli berkenaan dipercayai dilakukan suspek
pagi semalam di taman permainan Taman Sri Kluang.

“Mangsa yang juga OKU memaklumkan kepada bapanya ketika
kejadian suspek mencuri telefon bimbit miliknya, wang tunai RM20 serta beg
sandang yang dibawa selepas dibuli dan diugut menggunakan sebatang kayu,”
katanya ketika dihubungi.
Mohamad berkata, dua suspek berkenaan direman mulai hari ini
dan kes disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun yang boleh
membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau sebatan jika sabit
kesalahan.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

2 hours ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

23 hours ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

3 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

3 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

3 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

4 days ago