Connect with us

Berita Lain

14,000 Tandatangan Petisyen Hukum Datin Dera Amah


KUALA LUMPUR – Petisyen agar seorang Datin yang didakwa
menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya dikenakan hukuman tegas
telah ditandatangani oleh 14,000 orang.

Petisyen itu diwujudkan susulan keputusan Mahkamah Sesyen
Petaling Jaya pada Khamis lalu, yang membenarkan tertuduh, Datin Rozita Mohamad
Ali, dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000.
Ia ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Petisyen bertajuk ‘Tuntutan keadilan sama rata’ yang mula
dilancarkan semalam, sudah mengumpul 14,122 tanda tangan daripada 15,000 tanda
tangan yang disasarkan setakat jam 3.48 petang tadi.
Tujuan petisyen itu adalaha untuk menolak keputusan mahkamah
itu dan mahu keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat dan harta.
Selain itu, ia turut menuntut agar Rozita, 44, dikenakan
tindakan lebih tegas, selain menyifatkan ‘jenayah’ terhadap pembantu rumah,
Suyanti Sutrinso, 19, itu sebagai keji dan tidak berperikemanusiaan.
“Walaupun (tertuduh) seorang Datin, kaya dan memiliki
hubungan (dengan individu tertentu), tidak memberi hak kepadanya untuk
bertindak sedemikian.
“Apakah mesej kita yang cuba sampaikan kepada rakyat dan
kanak-kanak? Malaysia perlu meneliti isu hak asasi manusia dengan serius,” kata
kenyataan dalam petisyen itu.
Keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya itu, mencetuskan
rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan ia terlalu
ringan, malah pengamal undang-undang sendiri membantahnya kerana implikasi
hukuman itu, memberi gambaran salah terhadap perundangan negara.
Sehubungan itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali,
berkata beliau sudah mengarahkan rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah
terbabit.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika awal pendakwaan, tertuduh berdepan tuduhan cuba
membunuh pembantu rumahnya mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang jika
disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun
jika cedera, dan seumur hidup jika menyebabkan kematian.
Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti
dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat
mainan kucing serta penyangkut baju, yang digunakan sebagai senjata untuk
menyerang mangsa.
Bagaimanapun, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi
keterangan pada perbicaraan yang bermula 9 Mei tahun lalu, tertuduh kemudian
menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan melakukan kesalahan itu
mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, ketika prosiding disambung pada Khamis
lalu.
Berdasarkan Seksyen 326, jika sabitkan kesalahan, tertuduh
boleh dipenjarakan hingga 20 tahun dan denda.
Susulan pengakuan bersalah tertuduh terhadap tuduhan pindaan
itu, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Mohammed Mokhzani Mokhtar,
membenarkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan selama lima tahun dengan jaminan
RM20,000.

– Mynewshub

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel