Categories: Berita Lain

Tidak Ada Negara Mansuh GST Walaupun Bertukar Kerajaan – Johari


KUALA LUMPUR: Tidak ada negara-negara yang melaksanakan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membatalkan sistem itu walaupun bertukar
kerajaan.
Ini kerana GST yang digunakan di 174 buah negara di dunia
merupakan sistem percukaian yang sangat efisen dan telus.
Berbanding GST, cukainya yang nampak dan jelas berdasarkan
pembayaran yang dibuat tetapi sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
sebanyak 10 peratus, kosnya sudah dimasukkan dalam barangan yang dijual tetapi
tidak kelihatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani
berkata, sudah menjadi sikap orang ramai yang suka benda yang tidak nampak
berbanding perkara yang jelas di hadapan mata.
“Tidak ada negara yang melaksanakan GST ini yang berpatah
balik. Tetapi kalau ada parti politik yang mahu memansuhkan GST, saya tidak
tahu apa hendak jadi pada ekonomi kita.
“Kadang-kadang dalam kesungguhan kita hendak menang, hendak
mendapat kuasa, kita janjilah dengan semua orang. Tetapi pada hakikatnya bukan
semua orang tak reti dan tidak boleh menilai. Orang yang tidak faham mungkin
boleh dipengaruh,” katanya dalam program Bersama Menteri di RTM malam tadi.
Jelas Johari, Malaysia adalah antara 10 negara yang
terkebelakang di ASEAN yang memperkenalkan GST, selain Myanmar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lantaran itu, beliau mempersoalkan, sebagai sebuah negara
yang dihormati dari segi perkembangan ekonomi, adakah Malaysia akan
menggunapakai semula sistem yang menyebabkan ekonomi bayangan, yang mana tidak
mampu menjejaki cukai-cukai yang dikutip daripada pengguna tetapi tidak
dihantar kepada kerajaan.
“Sedangkan sistem GST memang efisien sebab kalau tengok
semua negara yang melaksanakan GST, walaupun akhirnya negara itu bertukar
kerajaan, tetapi kerajaan baru tidak pernah hendak tukar. Sebab mereka tahu GST
sistem terbaik, orang yang tidak bayar cukai memang tidak boleh elak,” ujarnya.
– theRakyat

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

11 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

12 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago