Tuesday, December 09, 2025

Jongkong Emas Bertabur Di Landasan Dari Pesawat Kargo

March 16, 2018
1 min read

MOSCOW – Landasan sebuah lapangan terbang di Rusia dipenuhi
jongkong emas apabila pintu pesawat kargo yang dipenuhi bahan logam berharga
itu terbuka ketika berlepas semalam.

Ia berlaku apabila pesawat Antonov sedang berlepas selepas
mengisi minyak di lapangan terbang di Yakutsk di Siberia apabila pintu jet itu
terbuka dan hampir 200 ketulan dari lombong emas Kupol bertaburan di atas
landasan

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik laporan Mynewshub, kargo yang dimuatkan dalam kapal terbang berkenaan
mengandungi ketul bijih pekat terbabit dan pesawat buatan Ukraine itu sering
digunakan untuk urusan mengangkut logam berharga seberat 9.3 tan tersebut.
“Ketika ia semakin tinggi, pintu kargo secara kebetulan
rosak disebabkan pertukaran kargo dan sebahagiannya bertaburan di atas
landasan,” kata Jawatankuasa Siasatan Rusia dalam kenyataan menerusi aplikasi
Telegram.
Pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik ke lapangan
terbang dan polis segera menutup kawasan itu untuk halang penduduk tempatan
bergegas ke lokasi kejadian jarang berlaku itu, lapor laman berita tempatan
Yakutmedia.


Ia turut menyiarkan video apa yang kelihatan seperti ketulan
besar keputih-putihan bertaburan di atas landasan. Yakustk ialah ibu kota
wilayah Sakha dengan 300,000 penduduk dan terletak 450 kilometer dari lingkaran
Artik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kira-kira 172 ketul seberat 3.4 tan ditemui. Cuma
sebahagian yang jatuh, baki sembilan tan masih selamat berada dalam pesawat,”
kata Kementerian Dalam Negeri kepada agensi berita TASS.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun, Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

JAKARTA – Indonesia kini berdepan potensi penemuan bersejarah berskala besar selepas Kementerian